Khasiat serai wangi yang anda perlu tahu!

khasiat serai wangi dan kebaikan


Serai wangi juga merupakan sejenis herba untuk kesihatan seharian kita. Ianya berasal dari kawasan tropical seperti Sri Langka, India dan nama saintifiknya adalah Cymbopogon nardus ataupun ‘citronella’ bila sudah menjadi pati serai wangi.

Serai wangi mempunyai bau yang sangat wangi dan aroma yangkuat. Di Malaysia serai wangi ditanam berhampiran rumah. Malah mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Seperti melegakan kesakitan otot atau sendi kita, ianya juga digunakan secara tradisional sebagai anti septic, malah sangat aktif untuk mencegah badan kita dari pelbagai jenis penyakit.

Serai wangi dapat membantu mengurangkan lebihan air dalam badan serta bagus untuk penghadaman yang lancar. Ianya juga dapat membantu kita dalam membuang angin dalam badan kita. Malah bukan setakat itu sahaja serai wangi juga dapat membantu pemulihan kulit yang rosak menjadi sihat dan bersih.

Penyediaan serai wangi sangat mudah, keringkan serai wangi dan potong halus, selepas itu boleh lah dicampurkan dengan teh biasa ataupun teh hijau dalam masa yang sama boleh juga dicampurkan dengan madu ataupun lemon. Kaedah ini juga bagus untuk orang yang ingin berdiet dengan gaya yang sihat.

Serai wangi juga amat penting bagi ibu-ibu yang sedang berpantang dengan membalutkannya dengan besi atau batu panas dengan cara bertungku untuk mengecutkan rahim yang masih bengkak dan memecahkan darah yang masih beku agar keluar dengan lancar. Ianya juga bagus untuk sakit otot, dan urat saraf yang sakit ataupun lemah.

Serai wangi juga boleh dijadikan wangian badan. Kadang-kadang kita mempunyai bau badan yang tidak menyenangkan, ambillah beberapa batang, daun dan akar serai wangi untuk dijadikan air mandian. Cuma rebuskan air nya sehingga naik aromanya kemudian tuangkan ke dalam bekas mandi dan campurkan dengan air sejuk, amalkan beberapa hari anda akan mendapati bau badan anda hilang. Mandian serai wangi juga sesuai dengan ibu berpantang lepas beranak. Ianya dapat membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang disebabkan bersalin. Air rebusan serai wangi juga mampu mengurangkan panas badan seperti demam dan selesema.

Serai wangi juga boleh dijadikan pati ataupun minyak serai wangi. Pati ini sering digunakan untuk berurut dan paling banyak permintaannya di SPA. Ini disebabkan aroma minyak serai wangi amat menenangkan dan juga boleh mengurangkan rasa tekanan. Pati nya juga boleh diletak di bekas gigitan atau sengatan serangga, lebam-lebam, sakit otot, lenguh badan dan kembung perut.

Tidak kurangnya juga serai wangi juga dijadikan racun menghalau lipas, semut, nyamuk dan tikus. Kebanyakan haiwan memang tidak menggemari bau serai wangi. Ini disebabkan serai wangi mempunyai khasiat nya tersendiri sebagai ejen penghalau.

Gunakan lah herba dari serai wangi untuk membantu mengekalkan badan anda sentiasa cergas, sihat dan segar. Hilangkan bau badan dengan hanya menggunakan air rebusan serai wangi. Tanam lah di sekitar rumah anda untuk kegunaan seharian. Banyak produk telah mengunakan khasiat serai wangi tidak kiralah dengan minyak ataupun patinya, sebagai wangian, sabun, losyen, syampu, sabun mandi hingga lah ke ubat gigi. Semuanya adalah produk penjagaan diri yang mudah didapati dimana-mana kedai. Tetapi yang segar jugalah yang terbaik dan dijamin bebas dari bahan yang tidak sepatutnya. Bagi yang mempunyai kulit yang sensitif boleh lah meminta nasihat daripada yang pakar.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.