Khasiat Teh dan Kebaikkannya Untuk Kita

Khasiat Teh

Khasiat teh dan kebaikkan teh

Seperti mana yang kita tahu teh sangat terkenal diserata dunia sejak dari zaman dahulu lagi. Teh juga terkenal di Asia terutamanya di Negara China dan tak kurang juga di Negara kita sendiri, Malaysia iaitu di Sabah dan banyak lagi.Teh banyak memberi kebaikan dan banyak khasiat yang kita perlu tahu akan tentangnya. Yang pertama, seperti mana yang kita selalu dengar di Negara China, teh akan diminum tanpa campuran gula. Ini kerana khasiat pada teh akan berkurangan jika dicampurkan dengan gula. Teh yang diminum tanpa campuran gula dapat membantu dalam pencernaan dan juga memberi tenaga untuk tubuh badan kita. Jadi tidak hairanlah warga emas di Negara China banyak yang masih mampu berjalan tanpa alat bantuan walaupun telah menjangkau umur lebih dari 40an. Sudah terbukti bahawa teh memberi kesihatan dan tenaga kepada tubuh badan kita.

Teh juga boleh digunakan sebagai salah satu herba untuk tujuan kecantikkan. Hampas teh yang telah ditapis boleh digunakan untuk menyegarkan dan mengurangkan kegatalan pada kulit kepala, tidak kira untuk kaun lelaki atau wanita. Penggunaanya sangat mudah cuma dengan hanya menapis hampas teh ataupun campurkan terus daun teh bersama air suling dan kemudiannya di lumurkan di atas kepala dan rambut. Biarkan sekurang-kurangnya 5 minit. Hampas teh yang dilumurkan pada kulit kepada akan berfungsi untuk menyejukkan kulit kepala serta menguatkan akar-akar rambut. Setelah di biarkan sekurang-kurangnya 5 minit, bilas dan cuci kepala dan rambut dengan air biasa dan lakukan sebanyak 3 bilasan dan cucian. Lakukan lumuran ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan dilakukan pada waktu sebelum dan selepas tidur.

Teh Baik Untuk Perubatan


Teh juga boleh digunakan dalam bidang perubatan sejak dari zaman nenek moyang kita lagi. Teh boleh dijadikan sebagai pelawas untuk pencernaan yang sempurna. Kepada sesiapa yang mengalami sakit perut,cirit-birit ataupun diarea, usah risau untuk langkah pertama yang harus anda lakukan adalah dengan mencampurkan teh bersama air suam dan cuma tambahkan hanya sedikit jumlah bilangan gula didalamnya. Minum sebanyak mana yang boleh dan lihat kesannya seawal paling kurang 30 minit. Sistem pencernaan akan kembali pulih seperti sedia kala.Perut anda akan rasa lebih selesa.

Terdapat pelbagai jenis teh yang kita ketahui dan yang paling popular dengan kesihatan dan khasiatnya ialah teh hijau. Dimana teh ini mungkin jauh lebih mahal daripada teh-teh yang lain. Ini kerana teh hijau dapat membantu kita dalam amalan cara hidup sihat. Teh hijau dapat mempercepatkan lagi dalam membantu kita menurunkan berat badan (diet). Teh hijau akan menyingkirkan minyak, lemak yang tidak diperlukan dalam tubuh badan kita terus keluar dengan melalui sistem pencernaan. Dan disebabkan itulah harga teh hijau jauh lebih mahal berbanding dengan teh-teh biasa.

Teh juga bukan sekadar digunakan untuk tujuan minuman, malahan pada zaman yang serba canggih ini,teh akan diproses menjadi kapsul-kapsul bagi tujuan kesihatan dan perubatan dan dipasarkan keserata dunia. Teh juga boleh diminum dengan mencampur madu lebah asli dan ini akan lebih memberi tenaga kepada tubuh badan kita dalam membantu kita berkerja seharian. Teh membantu meningkatkan stamina dalam diri kita dan dapat mengurangkan rasa penat setelah berkerja. Dan disebabkan itulah pada zaman nenek moyang kita lagi, teh menjadi salah satu minuman asas dalam kehidupan mereka.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.