Khasiat Ubi Keledek - Sayuran Serba Guna

Ubi Keledek - Sayuran Serba Guna

khasiat ubi keledek serba guna

Jika anda pergi ke pasar , pasti pernah melihat ubi keledek yang terdiri daripada pelbagai warna.

Ada yang berwarna oren, putih, kuning dan ungu. Mungkin ramai yang kurang mengetahui

tentang khasiat ubi keledek ini. Keledek ialah sejenis ubi yang mempunyai khasiat yang banyak

serta dikatakan sebagai makanan serba guna yang mempunyai rasa manis yang unik dan

tersendiri. Jika anda mahukan diet yang ringkas, mudah , jimat dan berkhasiat, keledek ialah

salah satu daripadanya. Berikut ialah khasiat bagi sayuran yang sedap ini :

1. Nilai pemakanan yang tinggi

Ubi Keledek merupakan makanan sumber tenaga kerana ia mengandungi kanji . Selain itu,

Ubi keledek juga mengandungi beberapa jenis protein, vitamin C , vitamin E , antosianin

(anthocyanin), banyak karotenoid termasuklah beta-karotena.

Beta-karotena melindungi kita daripada kanser, selsema, jangkitan dan lain-lain penyakit.

Ia merupakan makanan pencegah kanser yang baik . Kajian menunjukkan bahawa hanya

100g Ubi keledek setiap hari boleh menurunkan risiko kanser paru-paru secara dramatik.

Kajian juga mendapati bahawa pengambilan Ubi keledek juga menurunkan risiko kanser

payudara, kolorektum(kolon), pundi hempedu dan buah pinggang.

2. Indeks glikemik yang rendah (Low Glycemic Index )

Indeks glikemik menandakan sesuatu bahan makanan mempunyai kesan ke atas tahap

gula dalam darah. Makanan yang mempunyai indeks glikemik yang tinggi ialah makanan

yang cepat dicerna dan diserap sehingga gula dalam darah akan meningkat dengan

cepat . Manakala makanan yang mempunyai indeks glikemik rendah pula ialah makanan

yang lambat dicerna dan diserap sehingga peningkatan kadar gula dan insulin dalam

darah akan terjadi perlahan-lahan. Jadi pesakit diabetes disarankan agar memilih

makanan yang mempunyai indeks glikemik rendah.

Kandungan vitamin B6 yang tinggi juga membantu untuk mengekalkan kestabilan tahap

gula dalam darah, membantu untuk menghalang perubahan angin (mood swing) dan

melegakan kemurungan.

Kajian terbaharu menunjukkan bahawa memasak dengan cara mengukus atau merebus

Ubi keledek boleh membantu untuk mengekalkan indeks glikemik rendah berbanding

daripada memanggangnya.

3. Baik untuk kulit

Kandungan vitamin E yang tinggi di dalam Ubi keledek bermaksud Ubi keledek ialah makanan

yang baik untuk kulit. Ubi Keledek oren kaya dengan anti-penuaan. Anti-oksida beta-

karotena, yang disimpan dalam lapisan lemak kulit kita pula boleh melindungi daripada

kerosakan daripada sinaran ultra-violet.

Kandungan antosianin (anthocyanin) di dalam Ubi keledek pula boleh melawan pigmentasi

serta bertindak sebagai anti –radang kepada kulit.

4. Sayuran serba guna

Ubi Keledek ialah sayuran yang amat serba guna dan menjadi satu makanan kesihatan yang

hebat sama ada untuk dewasa mahupun kanak-kanak. Ubi Keledek boleh direbus, dilecek

dipanggang ataupun dibuat jus.

Daun Ubi keledek pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit seperti demam,

panas badan, sakit perut, kulit melecur , luka dan bisul.

Manakala getah Ubi keledek boleh disapu pada ulser mulut.

Kulit Ubi keledek juga boleh dimakan tetapi anda haruslah membilas Ubi keledek sebelum

memasaknya.Kebaikannya adalah dapat mengekalkan kandungan khasiat Ubi keledek.

Namun begitu, jika anda mahu makan Ubi keledek beserta kulitnya, pastikan anda memilih

Ubi keledek organik. Bilas dan sental kulit Ubi keledek dengan berus sayur(vegetable brush)

dengan menggunakan air sejuk bagi memastikan kulitnya benar-benar bersih. Kulit

Ubi keledek mengandungi serat, beta-karotena,folat (folate), vitamin E dan C, potasium dan

zat besi.


Membakar Ubi keledek beserta kulitnya adalah lebih bagus kerana ia mempunyai lebih serat

daripada hidangan oat serta mempunyai kandungan beta-karotena yang tinggi. Khasiat

serat termasuklah menurunkan tahap kolesterol , sebagai pelawas dan mengawal gula

dalam darah.

Badan kita menukarkan beta-karotena kepada vitamin A yang boleh membaiki

penglihatan dan merawat mata.

Ubi Keledek juga ialah sumber zat besi yang baik terutamanya kepada mereka yang tidak

makan daging.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.