Kuatkan Badan Tanpa Bebanan Luaran


Kuatkan Badan Tanpa Bebanan Luaran


Mengapa badan yang kuat itu penting? Pernahkah anda mengalami pengalaman di mana

ada situasi yang memerlukan diri anda perlu menjana kekuatan yang lebih dari kebiasaan

seperti menolak kereta anda yang rosak, mengangkat gas, ataupun mengangkat peti ais.

Jadi, pernahkah anda terfikir, ada manusia yang mampu membuat semua kerja-kerja ini

dengan mudah, dan ada yang tidak mampu. Hal ini kerana, ramai orang yang selesa

dengan hidup sehinggakan mereka tidak mengambil berat tentang pentingnya membina

kekuatan fizikal. Anda tidak perlu mengangkat peti ais atau batu yang berat untuk

bermula! Saya ingin menerangkan beberapa senaman tanpa beban luaran yang dapat

membantu diri anda menguatkan badan sebelum anda menghadapi situasi seperti berikut.


Senaman pertama adalah senaman pull up yang boleh membina kekuatan otot lengan

dan belakang, otot belakang yang saya maksudkan di sini adalah otot yang bernama lats,

atau yang lebih dikenal oleh orang ramai sebagai wings/ kepak. Sebelum saya

menerangkan tentang kebaikan senaman ini, saya ingin menunjukkan secara ringkas

bagaimana senaman ini dilakukan. Pertama, cari palang atau dahan pokok, pastikan ianya

kuat untuk menampung berat badan anda, selepas itu anda bergayut dan pastikan tangan

lurus, dalam keadaan bergayut itu anda tarik nafas, dan angkat badan anda perlahan-lahan

sehingga dagu melepasi palang, dan hembus nafas. Anda boleh mengulangi sebanyak

mana yang termampu. Kebaikan senaman ini adalah, ia mempertingkatkan kekuatan

menarik anda, memandangkan pull up bermaksud anda menarik lengan anda ke atas

untuk mengangkat keseluruhan berat badan. Lihatlah cimpanzi, kekuatan cimpanzi

dipercayai berkali ganda dari manusia, ia dikatakan mampu menarik bebanan yang sangat

berat dengan menggunakan sebelah tangan. Mengkagumkan bukan!


Senaman kedua adalah senaman push ups yang membina otot dada dan belakang

lengan seperti tricep, tricep adalah otot dibelakang lengan anda, otot ini banyak

mempengaruhi saiz lengan anda, jika dilatih dengan kerap otot lengan anda akan

kelihatan lebih besar kerana saiz tricep lebih besar dari saiz bicep. Cara melakukan

senaman ini adalah dengan meletakkan kedua-dua belah tangan ke lantai dan pastikan

badan dan kaki lurus secara selari, dalam keadaan ini, anda turun perlahan-lahan sambil

menarik nafas, dan pastikan dada anda tidak menyentuh lantai, selepas itu naikkan badan

anda dan hembus nafas. Senaman ini sangat baik untuk menguatkan kekuatan menolak ,

serta dapat mengimbangi kekuatan badan anda. Selain itu push up juga meningkatkan

kekuatan pada perut kerana pergerakan ini memerlukan anda sentiasa memastikan badan

dan kaki selari.


Senaman ketiga adalah berlari pecut. Mesti terkejut kenapa saya syorkan berlari

sebagai senaman menguatkan otot kaki. Ya, lari pecut memang akan menguatkan hampir

semua otot kaki anda, iaitu daripada betis hingga peha bahkan juga otot punggung. Lari

pecut yang saya maksudkan di sini adalah lari pecut 50m, 70m atau 100m. Anda boleh

melakukannya di atas jalan ataupun padang. Selain daripada menguatkan otot kaki, ia

juga menguatkan otot jantung.


Jadi senaman-senaman yang saya sebutkan tadi adalah senaman tanpa beban luaran

seperti dumbbell, barbell ataupun medicine ball. Anda hanya menggunakan berat badan

anda sebagai beban atau rintangan dan juga daya graviti bumi. Senaman ini dipercayai

telah diamalkan oleh tentera Rom pada suatu masa dahulu. Jadi, tiada alasan untuk anda

tidak bersenam!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.