Manfaat dan Kelebihan Makanan Organik

Makanan Organik dan Kelebihannya

kelebihan makanan organik

Apa itu makanan organik?


Kini semakin ramai yang sedar akan kelebihan mengambil makanan organik. Secara amnya ,

pengguna yang membeli makanan organik adalah kerana mementingkan kesihatan , rasa

dan keselamatan makanan tersebut. Menurut kajian, mereka yang mengalami alergi kepada

makanan , bahan kimia atau pengawet selalunya akan mengalami simptom yang

berkurangan apabila mengambil makanan organik sahaja. Kepentingan menjaga alam sekitar

juga adalah penyebab mengapa pengguna memilih makanan organik.

Perkataan ‘organik’ bermaksud cara makanan tersebut dihasilkan iaitu melalui proses

semulajadi sepenuhnya dan mesra alam. Makanan organik terbahagi kepada dua jenis iaitu

tumbuhan dan haiwan.


Makanan organik ialah makanan yang berasal daripada tanaman yang ditanam tanpa racun

perosak, baja berasaskan petroleum dan baja yang berasaskan hasil kumbahan.Tanaman

organik mestilah ditanam dalam tanah yang selamat , tiada pengubahan dan mestilah

diasingkan daripada produk makanan konvensional.


Manakala daging haiwan dikatakan organik apabila diternak tanpa menggunakan antibiotik,

hormon pertumbuhan serta sebarang hasil keluaran haiwan. Haiwan organik ini juga diberi

lebih ruang untuk bergerak dan diberi makan makanan organik .


Kedua-dua produk organik tersebut juga tidak boleh diubahsuai suai secara genetik (non-

GMOs). Cara untuk memastikan bahawa makanan itu organik atau tidak, anda mestilah

melihat logo khas yang biasanya terdapat pada bungkusan makanan.

Makanan organik biasanya lebih mahal, lebih sihat dan lebih berkhasiat. Rupa makanan

organik ini biasanya tidaklah secantik makanan bukan organik kerana tiada perlindungan dari

faktor serangga , haiwan perosak dan juga persekitaran.


Apakah kelebihan makanan organik?


Tiada penggunaan racun perosak


Makanan organik adalah selamat daripada racun perosak. Racun perosak ialah bahan kimia

seperti racun kulat (fungicides), racun herba ( herbicides) dan racun serangga (insecticides).

Racun perosak tersebut digunakan secara meluas dalam pertanian konvensional dan sisa

racun kekal dalam makanan yang kita makan. Bahan kimia dalam racun perosak boleh

menyebabkan beberapa penyakit seperti kanser, leukimia, ketidaksuburan, penyakit

Parkinson, kemurungan dan kekejangan.


Lebih segar


Makanan organik adalah lebih segar disebabkan tidak mengandungi bahan pengawet yang

boleh membuatkannya tahan lama. Makanan organik juga mempunyai rasa yang lebih

sedap.


Mengurangkan pencemaran


Perladangan dan penternakan organik boleh mengurangkan pencemaran udara , air dan

tanah, memulihara air, mengurangkan hakisan tanah dan meningkatkan kesuburan tanah.

Perladangan tanpa penggunaan racun perosak juga menyediakan persekitaran yang baik

bagi haiwan-haiwan seperti burung dan haiwan kecil serta manusia yang tinggal atau bekerja

berdekatan dengan ladang.


Lebih sihat


Disebabkan tiada racun perosak,bahan kimia atau bahan tambahan dalam makanan

bermakna kurang risiko untuk menghidap pelbagai penyakit.

Manakala, haiwan ternakan yang diberi lebih ruang untuk bergerak akan membuatkan

haiwan itu sihat. Maka, daging yang dihasilkannya juga adalah sihat.


Kaya dengan nutrien


Mengambil makanan organik boleh meningkatkan pengambilan anti-oksida sebanyak 20%-

40%.

Daging dan susu haiwan organik adalah kaya dengan asid lemak omega-3 sehingga 50% lebih

tinggi berbanding dengan haiwan yang diternak dengan cara konvensional.

Selain itu, makanan organik juga mempunyai lebih vitamin dan mineral seperti zat besi dan

zink.


Tiada organisma diubahsuai secara genetik (non-GMOs)


Organisma diubahsuai secara genetik (GMOs) ialah makanan atau haiwan yang terbina

secara genetik yang DNA makanan tersebut telah diubah dalam cara yang bukan semulajadi ,

biasanya untuk tahan kepada racun perosak. Makanan yang diubahsuai secara genetik boleh

menyebabkan alergi dan melemahkan sistem imunisasi.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.