Mendidik Anak Yang Hebat Sejak Bayi didalam Rahim Ibu

Mendidik anak sebelum lahir


Kita sering digembar-gemburkan oleh media dan pendidikan moden, bahawasanya, anak-anak serta zuriat yang dilahirkan hanya perlu dididik dan dibentuk setelah bayi dilahirkan atau mumayyiz sahaja.

Tahukah bahawa, dalam Islam telah mengajurkan pendidikan anak dan zuriat tercinta boleh dipraktikkan seawal ibu mengandung dan bayi masih didalam kandungan si ibu tersebut.

Bahkan, jika diperinci lebih dalam lagi kepada panduan mencari pasangan hidup. Islam telah menitik beratkan dalam aspek pemilihan pasangan dengan memilih pasangan yang sekufu dari keturunan baik-baik. Kerana ianya mempengaruhi dan memberi kesan kepada bentuk sahsiah dan akidah zuriat yang akan datang.

Oleh yang demikian, Islam telah menganjurkan supaya, lelaki mencari pasangan hidup (isteri) dari kalangan orang yang beragama. Manakala, para wanita pula dilarang mengahwini lelaki yang fasik (jahat).

Ini menunjukkan bahawa, Islam mengambil kira zuriat yang bakal dilahirkan supaya generasi yang lahir terdiri dari generasi yang soleh dan solehah.

“Orang laki-laki pezina, yang dinikahinya ialah perempuan pezina pula atau perempuan musyrik. Perempuan pezina jodohnya ialah laki-laki pezina pula atau laki-laki musyrik , dan diharamkan yang demikian itu atas orang yang beriman.”
(Surah An-Nur, Ayat 3)
Jika diambil ikhtibar dari sejarah Islam, para nabi dan rasul mencatatkan bahawa lahirnya peribadi mulia bermula dari ibu dan ayah yang soleh dan solehah.

Lebih baik lagi dengan gambaran pendidikan anak sejak bayi didalam kandungan ibu telah dicontohkan oleh Allah s.w.t dan boleh diteladani daripada riwayat Nabi Zakaria a.s. Ketika Nabi Zakaria a.s mengharapkan kelahiran anak lelaki sebagai penyambung pejuangannya, beliau pun berdoa supaya dikurniakan seorang anak lelaki dan Allah s.w.t telah mengwahyukan kepada Nabi Allah Zakaria a.s bahawa, doa yang dipohon setelah sekian lama itu akan dimakbulkan dan Allah s.w.t akan mengurniakan seorang anak lelaki. Dan anak lelaki yang bakal lahir itu akan dilantik sebagai nabi dan rasul.

Lantas, Nabi Zakaria a.s bertanya, apakah tandanya?

Maka Allah s.w.t memberitahu, bahawa, Nabi Zakaria a.s akan dibisukan selama tiga hari.
Menurut ulama tafsir, hikmah dari peristiwa itu, adalah tujuan Allah s.w.t membisukan Nabi Zakaria a.s untuk melatih Nabi Zakaria a.s agar memerlihara tutur kata dengan semata-mata berzikir, mengingati dan menyebut nama Allah s.w.t.

Latihan itu dilakukan selama tiga hari sebagai persediaan menghantar gelombang kepada anak yang dikandungkan si isteri, agar anaknya nanti kuat pergantungan dengan Allah s.w.t.
Dan hasil daripada latihan tersebut, lahirlah Nabi Allah Yahya a.s.

Tidak lama kemudian, kaedah tersebut, dimana pendidikan anak seawal alam rahim ditemui pihak barat oleh Dr. Rene Van De Carr (1973) melalui ujian  berkomunikasi dengan anak yang berada dialam rahim. Dan mengejutkan, bahawa keputusan ujian  tersebut menunjukkan daripada rangsangan dan komunikasi Ibu dan ayah ketika bayi masih dialam rahim, telah memberikan kesan kepada sikap dan sahsiah anak setelah anak dilahirkan.

Antara amalan-amalan mulia yang boleh dilakukan bersama-sama suami dan isteri ketika menantikan saat kelahiran anak-anak permata hati ini ialah:-

Sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dikurniakan zuriat (kerana ada yang masih lagi ternanti-nanti akan rezeki anak)
Mengamalkan solat wajib dan sunat
Mengamalkan bacaan Al-Quran
Mendengar muzik yang tenang
Membaca buku atau artikel ilmiah
Menjaga adab dan emosi pasangan
Tidak  tertekan atau stress
Lakukan kerja-kerja rumah yang ringan sebagai senaman
Memakan makanan yang berzat dan halal
Tidak bersifat dendam, dengki dan menghasut
Sentiasa bersabar dan melemparkan senyuman (menggalakkan penghasilan hormon endorphin)

Demikian, para ibu bapa, bakal ibu bapa dan bakal isteri serta bakal suami haruslah mengambil tahu dan memainkan peranan dan tugas yang mulia ini dengan mendidik dan membentuk sikap serta sahsiah anak seawal dari alam memilih pasangan sehinggalah alam rumahtangga dan sehingga bayi zuriat yang hebat dilahirkan ke dunia. In Sha Allah.

Subhanallah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.