Senaman Mudah Yang Boleh Dilakukan Di Dalam Rumah

5 SENAMAN DI RUMAH YANG MUDAH

5 senaman mudah dirumah


Seringkali kita melihat orang ramai melakukan senaman di taman , mengunjungi gimnasium ataupun

hanya berbasikal atau berjoging di sekitar kawasan perumahan . Pernahkah kita terfikir untuk

melakukan senaman di dalam rumah sahaja malah ada senaman yang tidak memerlukan sebarang

peralatan pun tetapi mampu untuk membuatkan badan kita sihat, cergas dan kurus!

Bagi mereka yang tidak mahu keluar daripada rumah tetapi mahu melakukan senaman , berikut

adalah beberapa senaman yang boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga anda di dalam rumah.

1. Berjalan kaki


Ini merupakan senaman yang paling mudah dilakukan. Anda boleh memilih untuk berjalan

dari pintu masuk rumah hinggalah ke pintu dapur secara berulang-alik. Lakukan selama 30

minit. Jika rumah anda mempunyai tangga, alangkah baiknya jika anda dapat menaiki dan

menuruni tangga berulang kali. Tahukah anda bahawa berjalan kaki selama 30 minit dapat

membakar 90 hingga 360 kalori? Namun begitu ia bergantung kepada berat badan individu

dan kepantasan berjalan kaki.

2. Berjoging


Terdapat dua cara berjoging di dalam rumah . Pertama, anda boleh berjoging setempat.

Kedua, anda boleh berjoging secara berulang alik di dalam rumah. Pastikan terdapat ruang

yang agak luas di dalam rumah anda jika mahu berjoging dengan cara ini.

Berjoging dapat meningkatkan metabolisme , memelihara kesihatan jantung serta mampu

mengurangkan tekanan. Sebanyak 200 hingga 300 kalori dapat dibakar apabila anda

berjoging selama 30 minit, bergantung kepada berat badan anda.

3. Skip (Skipping)


Melompat dengan menggunakan tali skip adalah senaman yang dapat membakar banyak

kalori iaitu di antara 70 hingga 110 setiap minit atau sehingga 1300 kalori dalam satu jam!

Senaman ini memang berkesan terutamanya bagi mereka yang mahu mengurangkan berat

badan secara efektif kerana ia merupakan senaman yang melibatkan seluruh anggota badan

iaitu abdomen, kaki,bahu dan tangan. Selain itu, senaman ini dapat meningkatkan kesihatan

jantung, menguatkan otot dan memberi stamina. Jadi pastikan anda menyimpan satu tali

skip di rumah!

4. Menari/Aerobik


Bukankah sesuatu yang menarik apabila anda dan keluarga boleh melakukan senaman ini di

dalam rumah di hadapan komputer atau dengan menggunakan radio sahaja. Caranya mudah.

Anda hanya perlu memasang video aerobik atau memasang lagu rancak di radio dan

seterusnya anda bolehlah menari dengan mengikut rentak lagu tanpa perlu risau akan ada

orang lain melihat anda menari.

Menari boleh meningkatkan kekuatan otot , meningkatkan kesihatan jantung dan daya

ketahanan badan serta menguatkan tulang dan secara tidak langsung meningkatkan

keyakinan fizikal. Jika anda juga mahu menghilangkan tekanan, anda boleh mencuba

senaman ini. Menari boleh membakar 300 hingga 400 kalori dalam 1 jam.

5. Mengemas rumah


Ini ialah senaman yang paling biasa dilakukan oleh para surirumah tanpa mereka sedari.

Harus diingatkan bahawa mengemas rumah bukanlah tugas surirumah sahaja tetapi semua

anggota keluarga mempunyai peranan untuk membantu melakukan tugas ini.

Aktiviti seperti menyusun perabot, menyapu , mengemop , membasuh, memasak ,

memvakum karpet dan lain-lain boleh membakar sebanyak 100 hingga 200 kalori bagi setiap

aktiviti. Bayangkan jika anda melakukan sebanyak 10 kerja rumah dalam sehari sama ada

secara berulang ataupun tidak, anda telah membakar sebanyak 2000 kalori! Bukankah ini

merupakan senaman yang mudah tanpa berbelanja besar , tanpa keluar rumah dan yang

paling penting jika dilakukan oleh bersama-sama dengan anggota keluarga boleh merapatkan

lagi hubungan kekeluargaan.


Kesimpulannya, tiada alasan untuk tidak bersenam kerana senaman boleh dilakukan di

mana-mana sahaja termasuklah di pejabat,di halaman rumah malah di dapur juga!Cuma

terpulanglah kepada diri anda untuk mendisiplinkan diri melakukan senaman sekurang-

kurangnya 3 kali seminggu. Anda boleh lakukan!


View post on imgur.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.