Senaman Untuk Mata
Senaman Mata
Pernahkah anda pernah mendengar tentang senaman mata? Bunyinya janggal bukan?
Hakikatnya, banyak orang tidak mengetahui mata juga memerlukan senaman selain daripada
mengambil makanan yang sihat dan seimbang untuk penglihatan yang baik. Senaman mata
juga boleh mengekalkan kefleksibelan otot mata kita.
Cara-cara :
1. Duduk di atas kerusi dengan selesa. Gosok kedua-dua tapak tangan sehingga berasa
panas. Tutup mata anda dan letakkan kedua-dua tapak tangan pada mata. Jangan
tekan bola mata anda. Pastikan tiada cahaya memasuki mata. Pastikan juga tiada
ruang kosong di antara jari-jari atau di antara tepi tapak tangan dan hidung.
Bayangkan kegelapan yang dalam dan fokus pada kegelapan tersebut. Tarik nafas
perlahan-lahan sambil memikirkan peristiwa yang menggembirakan anda . Selepas
mata anda melihat hanya kegelapan sahaja, angkat tapak tangan anda daripada
mata . Ulang cara tersebut untuk 3 minit atau lebih.
2. Tutup mata anda dengan rapat selama 3-5 saat . Kemudian , buka mata selama 3-5
saat juga. Ulang proses ini sebanyak 7 atau 8 kali.
3. Tutup mata anda dan urut kelopak mata dengan memusing-musingkan jari anda
selama 1-2 minit. Pastikan mengurut dengan lembut supaya mata anda tidak sakit.
4. Dengan menggunakan kedua-dua tangan, tekan 3 jari pada setiap tangan pada
kelopak mata atas dan biarkan selama 1-2 saat. Kemudian, lepaskan jari. Ulang
sebanyak 5 kali.
5. Duduk dan bertenang. Pusingkan bola mata anda mengikut arah jam dan kemudian
lawan arah jam. Kelipkan mata anda setiap kali menukar arah. Ulang sebanyak 5 kali.
6. Duduk lebih kurang 20 cm daripada tingkap. Buat satu tanda di atas kaca tingkap
pada aras mata ( boleh gunakan pelekat yang berwarna gelap ). Lihat melalui tanda
ini dan fokus pada objek yang jauh selama 10-15 saat. Kemudian, fokus pada tanda
itu semula.
7. Pegang sebatang pensel di hadapan anda pada jarak 1 lengan . Gerakkan lengan anda
perlahan-lahan ke arah hidung dan ikut pergerakan pensel dengan mata anda
sehingga anda fokus pada objek . Ulang sebanyak 10 kali.
8. Lihat dinding di hadapan anda dan berpura-pura menulis dengan menggunakan mata
tanpa memalingkan kepala anda. Ia mungkin sukar pada mulanya, tetapi dengan
membanyakkan latihan, ia memang menyeronokkan. Semakin besar huruf, semakin
baik kesannya kepada mata anda.
9. Bayangkan anda berdiri di hadapan jam yang amat besar. Pandang pada bahagian
tengah jam. Kemudian pandang pada sebarang nombor pada jam tanpa
memalingkan kepala. Pandang semula di bahagian tengah. Kemudian, pandang pula
pada nombor yang lain. Lakukan ini sekurang-kurangnya 12 kali. Anda juga boleh
melakukan senaman ini dengan memejamkan mata.
10. Fokus pada objek sejauh 50 m untuk beberapa saat . Secara perlahan-lahan , fokus
semula mata anda pada objek berdekatan iaitu kurang daripada 10 m pada arah yang
sama. Fokus selama beberapa saat dan kembali semula kepada objek yang jauh.
Ulang sebanyak 5 kali.
11. Fokus pada satu objek yang jauh iaitu sejauh mana yang boleh dengan latar belakang
yang tidak banyak berbeza. Lakukan ini untuk beberapa minit setiap setengah jam.
Cara ini tidak membaiki penglihatan anda. Walau bagaimanapun, ia boleh
mengekalkan tahap penglihatan yang terbaik pada waktu siang dan menghalang
kemerosoton penglihatan yang jauh .
Post a Comment