Tanaman Hiasan Di Dalam Rumah dan Kesan Baik Kepada Kesihatan

kesan baik tanaman hiasan dirumah

Tanaman hiasan di dalam rumah bukan sahaja digunakan untuk menambahkan seri rumah

dan membantu untuk mewujudkan persekitaran yang tenang , tetapi juga boleh membawa

kesan-kesan baik kepada kesihatan . Mungkin sudah sampai masanya kita mengambil kira

betapa pentingnya untuk meletakkan tanaman hiasan di dalam rumah di samping barang-

barang hiasan yang lain .


Berikut ialah kesan-kesan baik tanaman atau tumbuhan kepada kesihatan kita:


1. Membantu dalam pernafasan


Apabila kita menyedut udara , oksigen dibawa masuk ke dalam badan dan apabila

menghembus nafas, karbon dioksida dibebaskan. Semasa fotosintesis, tumbuhan

melakukan sebaliknya. Tumbuhan menyerap karbon dioksida dan membebaskan

oksigen menjadikan manusia dan tumbuhan adalah saling memerlukan di antara satu

sama lain.

Namun begitu, apabila proses fotosintesis terhenti pada waktu malam, kebanyakan

tumbuhan bertukar fungsi dan sebaliknya menyerap oksigen serta membebaskan

karbon dioksida. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tumbuhan istimewa

seperti orkid dan tumbuhan sukulen (succulent) yang tetap menyerap karbon

dioksida dan membebaskan oksigen. Jadi, letakkanlah tumbuhan ini di dalam bilik

atau rumah anda untuk memastikan oksigen mengalir pada waktu malam.

2. Membantu menghalang penyakit


Apabila tumbuhan ditanam di luar rumah , akar tumbuhan menyerap air dan

kemudiannya tersejat melalui daun-daunnya dalam proses transpirasi. Ini

menyumbang kepada 10% lembapan di dalam atmosfera. Perkara yang sama juga

berlaku di dalam rumah. Apabila tumbuhan diletakkan di dalam rumah, lembapan

akan meningkat. Maka,meletakkan tumbuhan di dalam rumah semasa cuaca panas

kering ialah perkara yang amat sesuai dilakukan .

Menurut kajian, tumbuhan yang diletakkan di dalam ruang dalaman rumah

mengurangkan kejadian kulit kering, selsema, sakit tekak dan batuk. Selain itu,

lembapan yang tinggi sesuai untuk mengurangkan jangkitan virus flu.


3. Membersihkan udara


Kedua-dua daun dan akar digunakan untuk mengesan wap toksin daripada dalam

bangunan yang ditutup rapat. Bahan kimia seperti karbon monoksida dan

formaldehid boleh disingkirkan daripada persekitaran dalaman oleh daun tumbuhan

sahaja. Selain daripada memperbaiki kualiti udara dalam rumah, tumbuhan dalam

rumah juga boleh menyingkirkan sehingga 87 % daripada udara toksin dalam masa 24

jam.

Di antara tumbuhan yang boleh menyingkirkan bahan pencemar di dalam rumah atau

bangunan ialah lidah buaya, lidah jin , kekwa, sirih Belanda , ‘peace lily’, ‘golden

pothos’, ‘English ivy’ , ‘gerbera daisy’ dan ‘azalea’.

4. Merangsang penyembuhan


Tumbuhan yang diletakkan di dalam bilik pesakit yang telah menjalani pembedahan

didapati dapat membantu mereka untuk sembuh dengan lebih cepat. ‘Penawar’ ini

juga adalah murah dan dianggap sebagai ubat yang saling melengkapi.

Kajian juga mendapati bahawa melihat tumbuhan dalam tempoh penyembuhan

daripada pembedahan menyebabkan perubahan yang ketara dalam tindak balas

fisiologi seperti yang dibuktikan oleh tekanan sistolik darah yang rendah dan rasa

sakit yang berkurangan berbanding dengan pesakit yang tidak mempunyai

tumbuhan di dalam bilik mereka.

5. Membantu anda bekerja dengan lebih baik


Bekerja atau belajar dengan kehadiran tumbuhan di sekeliling kita boleh memberi

kesan yang baik seperti membaiki penumpuan , memori dan juga produktiviti .

Didapati bahawa produktiviti meningkat dengan banyak dengan kehadiran tumbuhan

di dalam pejabat. Prestasi kerja biasanya berkualiti tinggi, lebih lengkap dan tepat

berbanding dengan prestasi kerja yang dilakukan di dalam persekitaran yang tidak

mempunyai unsur-unsur alam semula jadi.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.