Tip untuk nampak kurus tanpa berdiet

tips untuk nampak kurus tanpa diet

Menurut beberapa orang pakar perunding imej di Malaysia, sekiranya anda selesa dan gembira dengan susuk serta berat badan anda yang anda miliki sekarang mahupun berat badan tidak ideal, tidak mengapa. Kerana you are the way you are.

Namun jika anda risau dan tidak selesa dengan keterampilan diri dan ingin tampil lebih anggun tanpa mengeluarkan wang dan menghabiskan masa dipusat-pusat kecantikan, anda hanya perlu besenam dan memilih pakaian- pakaian yang bertepatan dengan postur badan dan rona kulit anda.

Bukan susah, kerana jika dilihat dibeberapa negara barat yang boleh diambil sebagai contoh, di London dan Scottland, susuk tubuh wanita lebih besar dan ada diantara mereka bertubuh gempal. Namun berjaya diselindungkan dengan cara pemakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.

1. Pelihara postur badan

Ramai tidak tahu bahawa memjaga postur badan dengan membetulkan posisi serta kedudukan tulang belakang amat penting. Kerana, badan yang slouch atau berdiri malas dan bongkok menghasilkan ilusi tidak sharp dan gebu.

Jadi dengan berdiri dan berjalan tegak dengan menjaga susuk tulang belakang supaya tidak bongkok bukan sahaja sebagai senaman yang baik untuk tulang belakang malah kesihatan tulang belakang anda juga akan lebih terpelihara.

2. Pakaian dalam yang tidak betul

Pastikan saiz dan ukuran yang diambil tepat sebelum membeli pakaian dalam wanita. Ini kerana, pakaian dalam wanita yang tidak betul saiz dan tidak bertepatan dengan ukuran sewajarnya akan menyebabkan badan kelihatan gebu dan gempal.

Ramai dikalangan wanita ambil mudah hal sebegini dengan sekadar menutup bahagian depan dengan tudung dan memakai baju yang besar supaya flaw atau ketidaksempurnaan itu ditutup.
Namun, tubuh wanita tersebut semakin kelihatan gebu meskipun bahagian dada ditutupi dengan tudung.

Kerana pakaian dalam wanita tadi umpama foundation sesuatu bangunan. Jika asasnya sudah tepat sudah tentu hasil luaran sesuatu bangunan nampak hebat.

3. Pilih corak atau aksesori bersesuaian

Ini juga salah satu trick untuk tubuh lebih tinggi dan lampai dengan meminimumkan pemakaian aksesori kepada si pemakai. Jika badan dipenuhi aksesori yang sarat dan berlapis-lapis dengan rekaan manik dan kerongsang memberi ilusi tubuh lebih sarat dan bulat.

Manakala pattern aksesori yang memberikan ilusi tubuh lebih panjang dan tirus dengan memakai rantai labuh memanjang serta berlapis. Atau selendang yang labuh dikepilkan ke atas bahu dan memanjang ke bawah.

Aturan begini akan menarik penglihatan mata dari atas ke bawah dan bukan ke sisi. Namun perhiasan sedemikian hanya boleh ditunjukkan kepada suami dan mahram sahaja, dan tidak digalakkan bagi mengelakkan dari sifat tabarruj.

4. Teliti potongan pakaian

Sudah tentu Allah s.w.t telah menciptakan kita dengan semua dengan bentuk badan dengan ukuran yang tepat dan betul. Jadi, all bodies are right, only clothes are wrong.

Oleh yang demikian, kita perlu mengenal pasti potongan tubuh badan kita yang tepat untuk mengelakkan dari pemakaian yang terlalu ketat seperti menyarung tubuh atau pakaian besar gedoboh.

5.  Pilih corak pakaian

Corak perlu dipilih dengan teliti, supaya nampak lampai dan tinggi.
Pilih lah corak jalur menegak dengan garis- garis halus, corak serong ketepi dan garis menegak cekung.

Manakala corak bunga halus, sulaman kecil dan comel menampakkan tubuh si pemakai nampak padan dan tidak membesar atau gempal.

6. Warna dan kombinasi yang sesuai

Jauhi color block, warna terang dan pastel color bagi mengelakkan tubuh nampak besar dan rendang.
Pilihlah warna rona yang sama atau seakan-akan untuk baju dan kain/seluar.

Warna gelap? Boleh dipakai ketika waktu malam atau indoor function. Kerana warna gelap blend dengan suasana yang gelap dan malap jadi ilusi tubuh nampak lebih kecil.

Manakala ketika waktu siang bentuk tubuh badan akan kelihatan lebih jelas kerana contrast dengan suasana siang yang terang. Susuk tubuh nampak jelas dan sukar disembunyikan.

7. Pilih jenis kain yang tepat

Pilihan kain yang tepat akan menampakkan si pemakai lebih lampai dan kemas.
Elakkan dari memilih kain jenis berkilat, keras, berat dan melekap.

Pilih dengan teliti. Anda boleh meminta bantuan pembantu butik atau pemilik kedai kain untuk membuat pilihan yang tepat.

Pilihlah kain yang lembut dan kelihatan kemas apabila di kenakan. Selamat mencuba, semoga kita sentiasa memasang niat untuk kelihatan kemas dan cantik kerana Allah s.w.t.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.