Yogurt Baik Untuk Kesihatan

yogurt baik untuk kesihatan


Sebut sahaja yogurt, ramai yang terkeluar air liur masam dan menggelengkan kepala tidak selera apabila mendengarnya dek kerana pembuatan yogurt dahulunya tidak sehebat sekarang.
Kini, tidak keterlaluan jika dikatakan pembuatan yogurt telah dikormersialkan. Yogurt juga mempunyai pelbagai perisa. Disamping rasanya yang enak seperti ais krim ianya juga kaya dengan pelbagai khasiat.

Bukan sahaja rasanya yang lazat, bahkan nutrisinya juga telah diperkayakan. Yogurt juga sesuai diambil sebagai sarapan, snek dan pencuci mulut. Malah yogurt sesuai dinikmati oleh pelbagai lapisan usia termasuk wanita hamil.

Untuk pengambilan yogurt yang efektif, yogurt perlu diambil dalam keadaan sejuk. Ini kerana bakteria dan kultur hidup hanya aktif disuhu yang dingin. Jika diambil pada suhu tinggi atau suhu bilik, bakteria dan kultur tadi menjadi pasif dan tidak memberi manfaat kepada tubuh manusia.
Mari kita semak adakah pengambilan yogurt sesuai dan bertepatan dengan keperluan badan manusia?

1. Ibu hamil dan bayi
Ibu-ibu hamil tidak perlu risau tentang pengambilan yogurt. Pengambilan yogurt membantu ibu dan bayi didalam kandungan mendapat khasiat secukupnya.
Ini kerana yogurt mempunyai serat yang tinggi dan mampu membantu sistem pencernaan dan melawaskan pembuangan air bagi ibu hamil.

2. Wanita selepas bersalin
Wanita yang baru melahirkan anak amat digalakkan untuk mengambil yogurt. Ianya boleh diambil sebaik selepas tamat tempoh berpantang. Ini kerana yogurt dipercayai dapat membantu menambah khasiat kepada susu ibu dan para ibu dapat menurunkan berat badan secara sihat dan konsisten.

3. Melancarkan Sistem Penghadaman
Bakteria dalam yogurt berfungsi menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu)
Bakteria tersebut membantu merangsang pelalian didalam saluran usus dan sekaligus menghasilkan
keadaan usus yang sihat dan sistem penghadaman menjadi lancar.

4. Sumber kalsium terbaik bagi kanak-kanak
Sebaiknya tabiat mengambil yogurt perlu dididik dan dimulakan dari kecil lagi. Kenapa tidak? Sedangkan yogurt mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dapat membantu proses tumbesaran, menguatkan tulang dan gigi kanak-kanak. Jadi ini merendahkan risiko kerapuhan gigi dan tulang.
Selain kalsium, yogurt juga mengandungi vitamin A, tiamin, niasin, riboflavin susu, zat besi, fosforus dan kalium yang baik untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.

5. Khasiat menggantikan susu
Susu dan makanan tenusu yang lain mengandungi gula yang dipanggil laktosa. Unsur ini tidak baik untuk kesihatan.
Kerana sesetengah individu tidak dapat bertolenrasi dengan kesan dari mengambilan laktosa yang memghasilkan gastrik, migrain dan kekembungan.
Manakala yogurt pula mempunyai ciri-ciri bebas laktosa dan amat sesuai diambil oleh sesiapa sahaja termasuk mereka yang mengalami alahan susu serta laktosa.

6. Merangsang sistem imunisasi tubuh
Sebuah kajian dari Annals of Medicine melibatkan 13 orang wanita yang mempunyai jangkitan yis pada vagina diarahkan untuk mengambil yogurt selama 6 bulan. Akhirnya, keputusan dari kajian tersebut mendapati tiada lagi jangkitan yis pada kulit vagina masing-masing.
Ini kerana, kultur hidup yang terdapat dari yogurt tadi berperanan sebagai penghalang pertumbuhan yis  sekaligus jangkitan dapat dikurangkan.
Manakala beberapa kajian yang lain mendapati, individu yang mengambil yogurt menghasilkan empat kali lebih "gamma interferon" didalam badan mereka berbanding mereka yang memakan "heat-treated yogurt" atau makanan yang membunuh kultur.
Dengan peningkatan "gamma interferon" yang terhasil dari sel darah putih yang berfungsi untuk melawan penyakit.
Bakteria dan kultur hidup ini tadi bertindak sebagai perangsang kepada sistem imunisasi badan didalam trek usus.

7. Yogurt bebas kimia
Antara jenis susu yang digunakan bagi pembuatan yogurt adalah susu lembu. Dan dalam memastikan bakteria dan kultur hidup sentiasa aktif dan terpelihara, pengusaha dan pengeluar yogurt perlu memastikan yogurt tersebut bebas dari sebarang bahan kimia dan tidak ada sebarang unsur pencemaran.

8. Probiotik yang amat baik untuk perut
Sudah tentu probiotik amat bagus dan sangat diperlukan untuk memastikan kesihatan usus terjaga. Apa tidaknya, jika usus tercemar boleh mengakibat masalah pencernaan lantas penyerapan nutrisi penting terbantut.

Dengan adanya kandungan probiotik didalam pengambilan yogurt, ianya membantu menyingkirkan bakteria yang tidak bermanfaat dari usus sekaligus mewujudkan pencernaan yang lawas dan penyerapan nutrisi yang optimum.

Sebagai ringkasan titipan ini dan saranan penting tentang pengambilan yogurt yang sememangnya amat digalakkan kerana ianya sejenis makanan yang berkhasiat dan membantu individu memelihara kesihatan diri. Ini kerana kesihatan ibarat emas yang tidak ternilai harganya dek kerana ianya satu anugerah teristimewa oleh Allah s.w.t kepada hambanya. Semoga bacaan ini membawa manfaat kepada anda semua.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.