Zat Makanan yang Penting untuk Mata yang Sihat

Zat Makanan yang Penting untuk Mata yang Sihat



Mata kita lebih mudah terkena penyakit berbanding dengan organ-organ lain kerana faktor

gaya hidup dan persekitaran . Faktor ini bukan hanya mempercepat proses penuaan dan

menyebabkan penyakit mata yang berkaitan dengan penuaan , tetapi mata boleh hilang

terangnya , nampak merah , berair serta penglihatan boleh menjadi kabur.

Walau bagaimanapun, terdapat pilihan zat makanan yang anda boleh pilih untuk

mengekalkan kesihatan mata. Berikut ialah di antara zat makanan yang penting untuk mata

yang sihat:

1. Karatenoid

Karatenoid ialah phytonutrien yang mempunyai sifat-sifat antioksida yang sangat berkesan

dan penting untuk kesihatan mata. Ia juga ialah sebatian yang terdapat di dalam makanan

yang memberikan warna-warna terang seperti merah di dalam ubi bit dan oren terang pada

lobak merah dan lada benggala.


Karatenoid terdapat di dalam kepekatan yang tinggi dalam tisu mata dan berfungsi sebagai

antioksida , meneutralkan kerosakan radikal bebas dan bertindak sebagai penapis untuk

melindungi mata daripada kesan bahaya cahaya matahari. Jenis-jenis karatenoid

termasuklah Vitamin A, beta-karotena dan astaxanthin.

Vitamin A

Karatenoid juga merupakan satu bentuk Vitamin A dan terdapat di dalam sayuran berdaun

hijau , kiwi serta buah-buahan dan sayuran merah , oren dan kuning.


Vitamin A adalah larut lemak dan kajian menunjukkan yang badan tidak boleh menukar

karotena kepada Vitamin A tanpa kehadiran lemak dalam makanan. Jadi , ia adalah penting

untuk memasukkan lemak dan minyak bersama dengan sumber makanan karatenoid dalam

makanan untuk memastikan badan mendapat cukup zat makanan dan boleh menyerapnya.

Beta-karotena

Beta-karotena ialah satu karatenoid penting yang terdapat di dalam lobak merah, aprikot,

tembikai wangi dan keledek. Karatenoid yang lain seperti alfa-karatenoid , gamma karotena

dan beta-cryptoxanthin, semuanya membantu untuk menghasilkan retina Vitamin A retinal.

Retinal ialah antioksida penting di dalam tisu mata.


Astaxanthin

Satu lagi karatenoid lain yang kuat dan penting untuk kesihatan mata ialah astaxanthin

Kandungan antioksida yang tinggi membantu untuk menghalang keadaan-keadaan seperti

degenerasi makular, kebutaan dan penyakit Alzheimer.


Salmon liar ialah sumber astaxanthin yang berkesan . Astanxanthin memberikan salmon liar

warna merah jambu yang terang. Salmon yang diternak juga mengandungi karatenoid ini,

tetapi dalam bentuk sintetik, yang kurang kuat dan berpunca daripada petrokimia.

Hakikatnya , salmon liar boleh mengandungi sehingga 400 % lebih astaxanthin daripada

salmon yang diternak begitu juga mempunyai tahap asid lemak omega-3 yang tinggi.


2. Asid Lemak Omega-3

Rantaian asid lemak omega-3 EPA dan DHA yang panjang adalah penting untuk penglihatan

sihat dan fungsi mata. Asid lemak ini terdapat dalam ikan yang berminyak seperti salmon ,

mackerel dan tuna segar yang melindungi daripada kehilangan penglihatan yang biasa di

kalangan warga emas. Kepekatan omega-3 yang tinggi didapati dalam retina mata dan kajian

mendapati bahawa yang zat ini penting untuk kesihatan mata.


Antioksida yang lain seperti Vitamin C dan Vitamin E melindungi kanta daripada kerosakan

radikal bebas. Flavonoid yang terdapat di dalam beri merah-ungu- gelap, buah-buahan dan

sayuran dikatakan boleh melindungi kanta.


Pengkaji mendapati bahawa pengambilan makanan kaya antioksida adalah amat penting

dalam mengurangkan risiko penyakit degenerasi makular berkaitan umur (AMD) dan juga

katarak. Kajian juga menunjukkan bahawa menambahkan Vitamin C, Vitamin E, beta-

karotena dan zink ke dalam makanan boleh mengurangkan risiko mengembangkan penyakit-

penyakit ini.


Telur kuning pula berkesan kerana mengandungi lutein dan zeaxanthin yang

bertanggungjawab memberikan pigmen kuning. Pigmen ini melindungi makula (bahagian

mata dalam pada tengah retina) daripada kerosakan akibat pancaran matahari.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.