28 Cara Merawat Sakit lutut dengan Ubat Sakit Lutut Semulajadi

Ubat Sakit Lutut



cara cara rawatan ubat sakit lutut


Sakit lutut ialah sakit yang biasa berlaku disebabkan oleh sendi lutut yang haus dan lusuh.

Sakit lutut boleh jadi sakit setempat atau di seluruh kawasan lutut. Terdapat banyak cara

untuk merawat sakit lutut. Keberkesanan rawatan juga bergantung kepada punca sakit lutut

tersebut. Rawatan sakit lutut termasuklah rawatan semula jadi yang boleh dilakukan di

rumah seperti, rawatan perubatan seperti penggunaan ubatan dadah dan juga melibatkan

pembedahan.



Jika sakit adalah disebabkan oleh keradangan,artritis atau kecederaan minor, terdapat

beberapa cara yang berkesan yang boleh dilakukan di rumah sahaja. Namun begitu, jika

kesakitan adalah teruk atau disebabkan kecederaan serius, dapatkan nasihat pakar

perubatan kerana beberapa jenis sakit lutut memerlukan rawatan hospital. Mari kita lihat

cara-cara rawatan yang melibatkan sakit lutut :


Halia



Sama ada sakit lutut disebabkan oleh artritis, kekejangan otot atau kecederaan, halia ialah

ubat yang berkesan untuk mengurangkan sakit. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat

antiradang di dalamnya. Caranya ialah hancurkan satu kepingan kecil halia, masukkan ke

dalam secawan air dan didihkan selama 10 minit. Tapis campuran dan tambahkan sedikit

madu dan jus lemon. Minum 2-3 cawan teh halia ini setiap hari sehingga sakit lutut hilang.

Kajian tentang artritis juga mendapati bahawa halia boleh mengurangkan sakit serta

bengkak apabila digunakan secara kombinasi bersama dengan rawatan prekripsi.

Cuka Epal Cider


Disebabkan sifat alkalinya, cuka epal cider boleh membantu untuk melarutkan mineral dan

toksin berbahaya di dalam sendi lutut. Ia juga memulihkan pelincir untuk mengurangkan

sakit dan menggalakkan pergerakan. Caranya ialah campurkan 2 sudu teh cuka epal cider ke

dalam 2 cawan air yang ditapis. Hirup campuran ini sepanjang hari . Minum setiap hari

hingga anda pulih sepenuhnya.

Kunyit


Kunyit mengandungi kurkumin yang mempunyai sifat antiradang dan antioksida yang boleh

mengurangkan sakit. Kunyit juga boleh memperlahan perkembangan artritis reumatoid iaitu

salah satu punca utama sakit lutut. Caranya ialah campurkan setengah sudu teh halia kisar

dan setengah sudu teh kunyit hidup kisar ke dalam satu cawan air . Didihkan selama 10

minit. Tapis, campurkan madu dan minum 2 kali sehari.

Lemon

lemon ubat sakit lutut


Lemon digunakan sebagai ubatan di rumah untuk sakit lutut yang berpunca daripada artritis.

Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang

juga punca kepada beberapa jenis artritis. Caranya ialah potong 1 atau 2 biji lemon kepada

potongan kecil. Kemudian, bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas. Celupkan kain

ke dalam minyak bijan. Letakkan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5-10 minit. Lakukan 2

kali sehari hingga sakit hilang.


Minyak Biji Sawi


Menurut perubatan Ayurveda, urutan lembut pada lutut yang sakit dengan minyak biji sawi

yang suam boleh mengurangkan keradangan , membaiki peredaran darah dan

mengurangkan sakit. Caranya ialah panaskan 2 sudu teh minyak biji sawi. Kemudian, goreng

seulas bawang putih yang dicincang hingga berwarna keperangan. Sejukkan dan tapis

minyak yang sudah dicampur dengan bawang putih tadi. Urut lutut yang sakit dengan

minyak biji sawi dalam pergerakan memusing. Tutup lutut dengan bungkusan plastik dan

tuamkan dengan tuala untuk beberapa minit. Lakukan 2 kali sehari selama 1-2 minggu.

Garam Epsom


Garam Epsom mengandungi magnesium sulfat yang boleh memberi kelegaan sakit lutut.

Caranya ialah tambah setengan cawan garam Epsom kepada air mandian yang suam dan

kacau sebati. Rendamkan lutut yang sakit dalam campuran air suam tadi selama 15 minit.

Lakukan beberapa kali seminggu hingga sakit lega.

Minyak Kayu Putih


Minyak kayu putih mempunyai sifat analgesia atau pelega kesakitan yang boleh

menghilangkan sakit lutut. Rasa sejuk minyak ini boleh mengurangkan sakit lutut akibat

artritis. Caranya ialah campurkan 5-7 titik minyak kayu putih dan 5-7 titik minyak pepermin

bersama-sama. Kemudian, campurkan 2 sudu besar minyak zaitun. Simpan campuran di

dalam botol kaca yang gelap dan jauh daripada cahaya matahari. Gosok campuran ini pada

lutut yang sakit.

Ektrak Kulit Kayu Willow


Ekstrak Kulit Kayu Willow didapati berkesan untuk melegakan kesakitan akibat artritis.

Ekstrak ini biasanya digunakan oleh ahli herba untuk merawat demam , kesakitan dan

keradangan.

Minyak Herba

minyak ubat sakit lutut

Kajian juga mendapati salap yang diperbuat daripada kayu manis, halia, mastik dan minyak

bijan adalah berkesan sama seperti krim artritis yang mengandungi salisilat iaitu rawatan

yang biasa untuk sakit lutut .

Senaman


Senaman yang biasa seperti senaman sendi dan otot adalah penting untuk memperbaiki

kekuatan dan kefleksibelan. Senaman boleh mengurangkan sakit , meningkatkan

pergerakan, mengurangkan keletihan dan boleh membantu anda kelihatan lebih baik.

Dapatkan nasihat doktor untuk melakukan program senaman. Bagi mereka yang mengalami

artritis, mengurangkan pergerakan bagi mengelakkan sakit boleh membuatkan sendi

menjadi kejang . Ini menyebabkan keadaan bertambah buruk. Senaman yang bagus bagi

mereka yang sakit lutut termasuklah berjalan dan berenang. Pastikan anda melakukan

pemanasan badan sebelum senaman dan menyejukkan badan selepas senaman . Elakkan

senaman berat seperti berlari atau melompat kerana ia akan memburukkan lagi sakit lutut.


Mengekalkan Berat Badan Unggul


Ini merupakan ubat yang paling baik . Kekalkan berat yang sihat dan hilangkan berat jika

perlu kerana berat badan yang berlebihan akan menambah tekanan pada sendi dan

menyebabkan sakit lutut. Jika anda obes, menghilangkan 5 % daripada berat badan anda

boleh melegakan tekanan pada lutut.

Berehat dan Bersantai

ubat sakit lutut


Aktiviti fizikal adalah penting, tetapi berehat dan bersantai juga penting untuk menggalakkan

kesihatan yang baik dan mengurangkan kesakitan. Capailah keseimbangan dalam hidup

dengan mempelajari teknik melegakan stres seperti pernafasan dalam dan meditasi.

Cukup Tidur

Tidur yang cukup diperlukan untuk kesihatan menyeluruh . Jika anda mengalami masalah

tidur , berjumpalah dengan doktor anda. Pengurusan sakit yang betul boleh membantu anda

untuk tidur dengan nyenyak.


Terapi Panas atau Sejuk


Menggunakan pelapik panas untuk merehatkan lutut anda apabila berbaring boleh

membantu untuk membuatkan sendi menjadi kendur. Pek panas membantu untuk

menenangkan otot dan meningkatkan peredaran.

Terapi pek sejuk pula mengurangkan sakit dan bengkak. Caranya ialah membalut pek gel

yang sejuk di sekeliling lutut.

Terapi Fizikal dan Terapi Cara kerja


Ahli terapi fizikal boleh bekerjasama dengan anda untuk membuat program senaman

peribadi dan menunjukkan kepada anda bagaimana menggunakan urutan terapeutik . Ahli

terapi carakerja pula boleh memperkenalkan anda kepada semua jenis alatan berguna

seperti kerusi yang dinaikkan atau ketinggian tempat duduk tandas.

Alat Bantu


Anda boleh melindungi lutut anda dengan menggunakan tongkat atau alat bantuan berjalan

untuk memastikan anda tidak meletakkan lebih tekanan pada lutut. Satu alat bantu yang

dipanggil selitan kasut juga direka khas untuk menyokong , menyebariskan dan membaiki

fungsi kaki anda. Hasilnya, ia akan mengurangkan tekanan pada lutut.


Pendakap


Jenis pendakap yang berbeza boleh membantu mengurangkan sakit lutut dan membaiki

fungsi dan pergerakan lutut. Pendakap ‘sokong’ menyokong seluruh beban pada lutut dan

pendakap ‘pemunggah’ menyokong berat pada satu sisi apabila hanya satu sisi lutut yan lain

rosak.

Pengelakkan


Terdapat aktiviti tertentu yang perlu dielakkan termasuklah menaiki tangga secara

berlebihan. Sukan yang berat seperti berjoging , aerobik, stres yang memberi kesan teruk,

bengkokkan atau melutut yang lama dan melampau, mengangkat atau menolak objek berat ,

duduk di atas permukaan kerusi yang rendah.

Apabila pengelakkan tidak dapat dilakukan , cuba lakukan aktiviti tersebut berselang-seli

dengan rehat , jadi sendi anda tidak mendapat tekanan daripada aktiviti yang berulang-ulang

secara berterusan.

Kesihatan Mental


Bercakaplah tentang perasaan anda dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Lakukan latihan

mental seperti meditasi dan berfikiran positif, melibatkan diri dalam kumpulan sokongan

boleh membantu anda menguruskan sakit lutut anda dengan lebih baik.

Tenaga Elektrik

elektrik ubat sakit lutut


Tenaga elektrik boleh digunakan untuk mengurangkan sakit dan bengkak dalam sendi artritis

dalam beberapa cara. Ahli terapi selalu menggunakan elektrorangsangan transkutan yang

mana elektrod diletakkan di sekeliling sendi yang terlibat dan menghantar nadi

elektromagnetik melalui kulit. Cara ini boleh melegakan sakit untuk jangka masa pendek dan

memudahkan pererakan sendi yang keras.


Tai Chi


Tai Chi ialah satu bentuk senaman minda dan badan orang China lama. Ia membaiki

keseimbangan dan kefleksibelan. Kajian mendapati mengamalkan tai chi terutamanya

bermanfaat untuk mereka yang mempunyai osteoartritis. Tai chi boleh mengurangkan

kesakitan dan meningkatkan pelbagai pergerakan .Disiplin mental yang diajar dalam Tai chi

boleh membantu untuk mengatasi kesakitan kronik.

Akupuntur


Akupuntur ialah satu cara rawatan dengan meletakkan jarum halus ke dalam kulit pada

tempat tertentu pada badan anda. Kajian menunjukkan bahawa akupuntur boleh membantu

melegakan sakit lutut yang disebabkan oleh osteoartritis.

Glukosamin Sulfat dan Kondroitin Sulfat


Kajian terdahulu mendapati bahawa kombinasi kedua-dua makanan tambahan ini

mempunyai kesan minima pada sakit lutut . Namun begitu , kajian terbaharu mendapati ia

tidak berkesan . Maka ia patut diambil salah satu sahaja.

Kedua-dua makanan tambahan ini mempunyai manfaat bagi mereka yang mempunyai sakit

yang teruk. Pesakit yang mengambil 1500 mg Glukosamin Sulfat sekali sehari menyebabkan

penyerapan lebih baik di dalam badan. Namun begitu , harus diingatkan glukosamina jenis

glukosamina hidroksida adalah tidak sesuai digunakan.

Bagi Kondroitin Sulfat pula , hendaklah diambil 800-1200 mg sehari . Kondroitin Sulfat tidak

mempunyai kesan sampingan.

Krim Kapsaisin


Beberapa ubatan boleh didapati di farmasi dan hospital untuk melegakan kesakitan artritis.

Contohnya , krim kapsaisin boleh digunakan untuk melegakan sakit osteoartritis. Ia

diperbuat daripada lada (capsicum). Krim ini pada mulanya merangsang sakit tetapi

kemudiannya menurunkan rasa sakit dalam lutut. Krim ini disapu 3 kali sehari . Ia digunakan

terutamanya untuk osteoartritis lutut dan tangan.

Ubatan Dadah


Rawatan perubatan yang menggunakan ubat makan adalah biasa digunakan untuk merawat

simptom osteoartritis. Pilihan pertama biasanya ubatan dadah yang boleh didapati di

hospital ataupun farmasi seperti acetaminofen . Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor

sebelum menggunakan ubatan tersebut.

Suntikan

suntikan ubat sakit lutut


Penyakit artritis yang berterusan mungkin memerlukan suntikan . Pilihan yang boleh didapati

ialah kortikosteroid yang boleh digunakan sehingga 2 atau 3 kali setahun untuk melegakan

sakit yang teruk .

Asid hyaluronik pula boleh membantu untuk menambahkan bahan pelinciran dalam lutut.

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor tentang manfaat dan risiko rawatan suntikan bagi

sakit lutut. Asid hyaluronik digunakan untuk melegakan sakit lutut secara sementara.

Anestetik mungkin disuntik dengan ubat kortikosteroid antiradang (biasanya kortison) untuk

membuat lutut rasa kebas dan menghindari sakit.


Pembedahan


Mungkin ini ialah jalan terakhir bagi mereka yang menghidap osteoartritis yang teruk. Jika

simptom osteoartritis mengganggu kehidupan harian anda dan tidak boleh bertindak balas

dengan rawatan yang biasa , pembedahan adalah diperlukan. Prosedur artroskopik atau

penggantian lutut mungkin akan dilakukan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.