7 Cara untuk Menjadi Cantik Sepanjang Masa
Cara Untuk Kelihatan Cantik Sepanjang Masa
Setiap orang dilahirkan dengan kecantikan dan kelebihan tersendiri. Pastinya semua orang
mahu kelihatan cantik dan menarik terutamanya wanita. Namun, masih ada yang
menganggap bahawa diri mereka tidak cantik. Jika sedemikian, anda boleh mengikuti
langkah-langkah berikut untuk menjadi cantik sepanjang masa. Jangan ubah diri anda
menjadi orang lain apatah lagi melakukan pembedahan kosmetik bagi kelihatan cantik.
Jangan buatkan orang lain sukakan anda kerana rupa , tetapi buatkan mereka menyukai diri
anda yang sebenarnya.
Langkah-langkah:
1. Bina Keyakinan - Cara Untuk Kelihatan Cantik
Dengan membina keyakinan diri, ini akan membantu anda untuk memahami kecantikan
semula jadi diri anda. Berdiri tegak. Senyum pada diri anda. Perhatikan perkara-perkara yang
positif. Jika anda perasan akan kecacatan pada diri anda, baiki atau betulkan. Mungkin anda
boleh cuba langkah-langkah yang berikutnya.
2. Jaga Kulit dan Badan - Cantik Sahaja Tidak Mencukupi
Pastikan anda menjaga kebersihan diri kerana ia penting untuk kelihatan cantik . Mandi setiap hari
untuk mendapatkan bau yang harum dan segar. Basuh badan anda dengan cecair mandian yang
berbau harum dan basuh rambut anda selang sehari. Jika anda basuh setiap hari, kulit kepala akan
menjadi kering dan berkelupas. Jika rambut anda semula jadi berminyak, gunakan syampu yang
bersesuaian untuk menghalang rambut daripada menghasilkan minyak berlebihan. Basuh rambut
dengan mengurut kulit kepala dengan syampu menggunakan hujung jari anda. Bilas dan ulang
sebanyak 2 kali. Kemudian basuh dengan kondisioner untuk rambut yang bersinar dan
menghalang daripada kusut. Urut rambut anda selama 20 saat dan biarkan selama 2 minit.
Bilas dan ulang lagi.
Selain penjagaan rambut , anda juga digalakkan menggunakan deodoran bagi memastikan
diri anda segar dan menghalang bau badan kerana kelihatan cantik saja tidak mencukupi jika badan
berbau. Bagi penjagaan muka pula, basuh muka secara tetap. Ini akan menghalang pori-pori daripada
tersumbat dan membantu menghilangkan jerawat. Gunakan pembersih muka tanpa minyak
2 kali sehari dan di dalam masa seminggu atau 2 minggu , kulit anda akan menjadi lebih
bersih. Anda harus ingat untuk melembapkan muka anda dengan air suam sebelum
membasuh muka kerana ia akan membuka pori-pori . Bilas dengan air sejuk selepas anda
membasuh muka untuk menutup pori-pori .
3. Merapikan Rambut
Rambut ialah mahkota wanita. Kekalkan rambut anda yang semula jadi. Anda boleh
menambah aksesori pada rambut dan membuat beberapa gaya rambut yang comel. Cuba
untuk memotong rambut anda selalu bagi mengelakkan rambut tumbuh bercabang kerana ini salah
satu cara untuk kekal kelihatan lebih cantik. Berhati-hatilah apabila menggunakan alatan yang
dipanaskan terutamanya mesin pengering rambut kerana akan merosakkan rambut anda dan akhirnya
menyebabkan rambut bercabang di hujungnya.
4. Mengenakan Solekan Muka - "Simple Tapi Cantik"
Anda haruslah mencuba untuk tidak terlalu ghairah dengan solekan untuk tampak cantik.
Tampilkan diri anda yang semula jadi. Jika anda perlu bersolek, memakai sedikit maskara,
mengenakan celak, pengilat bibir dan sedikit bedak asas. Gunakanlah bedak asas cecair kerana ia
membuatkan kulit anda lebih semula jadi dan berpadanan dengan kulit.
5. Melakukan Senaman - Kekal Cergas Dan Cantik
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 60 minit sehari dan dalam masa seminggu , anda
akan perasan berat badan akan berkurangan dan otot badan menjadi lebih kuat. Anda
diingatkan supaya mengurangkan berat badan jika Indeks Jisim Tubuh anda adalah tinggi
daripada kadar purata kerana ini dapat membantu anda kelihatan lebih cantik.
6. Makan Makanan yang Menyihatkan
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran memberikan anda tenaga yang diperlukan dan
membuatkan anda sihat dan hebat. Ia juga membaiki kulit muka ia lebih sihat dan cantik.
Ambil bahagian hidangan yang dicadangkan di dalam piramid makanan dan pastikan anda mendapat
zat yang diperlukan. Jangan lupa minum cukup air. Air melindungi kita daripada masalah kesihatan
dan boleh membuatkan kulit anda berseri-seri.
7. Jadilah Diri Sendiri - Unik
Menjadi individu yang unik akan membuatkan anda lebih hebat .Mempunyai personaliti
semula jadi akan membuatkan anda menonjol dengan cara yang positif kerana ia mempunyai daya
kecantikan yang tersendiri.
Post a Comment