Akhirnya Mcdonald Mengakui Apa Yang Terkandung Dalam Burger Mereka, Menjijikan!

Mcdonald Mengakui Kandungan Yang Terkandung Dalam Makanan Mereka

Akhirnya Mcdonald Mengakui Apa Yang Terkandung Dalam Burger Mereka, Menjijikan!


Hai semua, hari ini saya nak kongsikan satu berita yang buat pengemar-pengemar makanan segera yang terkenal di dunia iaitu Mcdonald. Saya tahu yang kita pernah dengar ura-ura atau gosip mengenai Mcdonald menggunakan makanan menjijikan dalam  makanan mereka dan sesetenggah antara kita (termasuklah saya) mempercayai tentang pekara tersebut. Dari daging yang kemerah-merahan sehingga la mesin pembahagi daging, restoran segera ini akhirnya mengakui apakah sebenarnya yang terkandung didalam makanan mereka setelah keraguaan mengenai restoran makanan segera ini semakin memuncak.

Bagi mengatasi masalah kritikan yang semakin memuncak ini, restoran makanan segera Mcdonald telah melancarkan satu kampen PR yang dipanggil "Our food. Your Questions." yang memberi pelanggan melihat sendiri bagaimana mereka secara tepat membuat makanan mereka. Sementara syarikat mereka menafikan menggunakan "pink slime" dalam burger mereka, terdapat soalan lainya yang akan membuat anda menggelengkkan kepala lagi. Sebagai contohnya - syarikat ini mengakui menggunakan bahan azodicarbonamide bahan kimia tambahan dalam roti mereka, dimana bahan ini juga boleh didapati didalam yoga mat anda.

Nota: anda juga pasti akan terkejut bahawa syarikat ini berkeras mengatakan bahawa menambahkan bahan plastik dalam makanan adalah agak selamat.

"Terdapat kegunaan berbeza-beza untuk Azodicarbonamide, termasuk dalam beberapa produk bukan makanan, seperti tikar yoga. Hasilnya, ada beberapa orang telah mencadangkan bahawa makanan kami mengandungi getah atau plastik, atau bahawa bahan tidak selamat. Ini bukanlah masalahnya. Fikirkan garam: garam yang anda gunakan dalam makanan anda di rumah adalah variasi garam yang anda boleh menggunakan untuk menghilangkan ais di kaki lima anda. Perkara yang sama juga digunakan untuk bahan ADA - ia boleh digunakan dalam cara yang berbeza."

Anda juga patut tahu bahawa syarikat ini juga mengakui menggunakan bahan Polydimethylsiloxane didalam makanan mereka, dimana bahan ini digunakan sebagai ejen anti-buih didalam minyak menggoreng McNugget mereka. Akan tetapi anda juga pasti akan terkejut, bila anda mengetahui patty mereka adalah "100% daging". Ketua pengurus jenama mereka menekankan bahawa pelanggan tidak seharusnya "menilai kami sebelum anda mengenali siapa kami"



Lagi satu, saya rasa jika ada sesiapa yang pernah menonton wayang "Super-Size Me" pasti tahu apakah kos yang akan mereka dapat dengan mengambil "makanan" seperti ini terhadap kesihatan mereka sendiri. Jika anda tidak faham apa yang saya cuba sampaikan, lain kali jika anda melawati restoran segera Mcdonald ini anda boleh lihat sekeliling dan sekitar restoran tersebut dan anda pasti faham apa yang saya cuba sampaikan. Apa-apa pun saya rasa saya lebih selesa dengan memakan makanan tradisional kita walaupun mempunyai lemak seperti nasi lemak tetapi tidak mengandungi sebarang bahan kimia tambahan yang terdapat dalam makanan tradisional ini.

Saya berharap artikel ini bermanfaat untuk kita bersama dan jangan lupa untuk kongsinya dengan rakan dan famili ya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.