Alternatif Produk Kecantikan Secara Umum

Pengganti Alternatif Produk Kecantikan

pengganti alternatif produk kecantikan


Di zaman ekonomi yang merudum pada ketika ini semua harga barang meningkat dan

ramai yang mengeluh. Gaji tak naik tetapi harga petrol dan barangan naik mendadak.

Hasil daripada kenaikan ini, ramai orang khususnya yang berkeluarga terpaksa berjimat

dalam soal makanan dan segala utiliti lain, manakala sebagai pelajar universiti yang

mendapat pinjaman terpaksa berjimat dengan duit yang amat terhad. Akibat daripada itu,

stres yang dialami khususnya golongan lelaki dan wanita memberi kesan buruk terhadap

kecantikan luaran.


pengganti kepada produk-produk kecantikan


Harga barang yang naik memberi impak yang besar terhadap masyarakat kerana seperti

yang kita sedia maklum bahawa produk-produk kecantikan di pasaran agak mahal dan

tidak berbaloi dibeli sekiranya hasil tidak dapat seperti yang diharapkan. Jadi di sini ada

beberapa alternatif yang boleh menjadi pengganti kepada produk-produk kecantikan di

luar sana. Alternatif ini bukan sahaja mudah didapati di dalam rumah, malah ianya

mampu menjimatkan duit anda, dan anda bebas daripada bahaya bahan kimia.

Stres akan mengakibatkan bau badan dan ini akan menyebabkan orang lain akan

menjauhi anda. Seperti yang sedia maklum, deodorant dan spray anti peluh selalu

dikaitkan dengan kanser payudara, tambahan pula bahan aluminium yang terdapat pada

spray anti-peluh menyebabkan peluh tidak keluar, bila peluh tidak keluar bermaksud

toksin tidak boleh dinyah dan akan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan. Baking

soda dan minyak kelapa adalah alternatif untuk menghilangkan bau badan. Campuran

kedua-duanya ini apabila disapu dibahagian ketiak akan mengurangkan bau yang tidak

enak kerana minyak kelapa adalah anti-bakteria dan anti-kulat.


Harga yang mahal dan bahan kimia yang terdapat pada produk mencuci atau kecantikan

mungkin akan memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan. Anda mesti tidak mahu

membeli sesuatu yang menyakitkan diri anda, bukan? Bukannya tidak elok untuk

menggunakan produk ini tetapi jika digunakan dengan kerap mungkin akan membawa

kepada kesan yang tidak elok pada masa akan datang. Semua orang inginkan gigi yang

putih, bukan? Pemutih gigi dipasaran memang boleh membuatkan gigi anda putih tetapi

ianya juga mempunyai bahan kimia peroxide. Oleh yang demikian, salah satu cara

menggantikan pemutih gigi komersial ialah memberus gigi dengan baking soda. Baking

soda bukan sahaja murah, ianya juga bebas bahan kimia dan terbukti efektif dalam

pembersihan.


Kita sering menggunakan losyen yang dibeli di kedai untuk melicinkan dan

melembapkan kulit, tanpa kita sedari losyen juga mempunyai bahan kimia dan sekiranya

digunakan dengan kerap, bahan kimia yang terkandung di dalam losyen itu mungkin akan

menyerap ke dalam tubuh memandangkan kulit adalah di antara organ terbesar. Yang

lebih menakutkan jika bahan kimia ini diserap oleh ibu mengandung yang seterusnya

akan memberi kesan negatif terhadap kandungan. Oleh itu, alternatif bagi losyen ialah

minyak kelapa; kerana minyak kelapa mempunyai keupayaan untuk membunuh bakteria,

seterusnya akan mengurangkan kedutan, kulit kering ataupun apa-apa jenis masalah kulit

yang lain.


Bahan pengganti produk komersial 


Bahan yang disenaraikan tadi bertujuan untuk memberi idea

kepada masyarakat agar dapat berjmat dalam perbelanjaan produk-produk kecantikan dan

kebersihan, ianya juga dapat dijadikan rujukan kepada sesiapa yang menghargai alam

semula jadi agar menggunakan produk bebas bahan kimia dan mesra alam. Sekiranya

masyarakat ada kesedaran untuk menggunakan produk semula jadi, maka keseimbangan

alam dapat dikekalkan dengan baik.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.