Apakah Erti Kemenangan Dan Nilainya

Nilai Sesuatu Kemenangan

apakah erti kemenangan dan nilainya

Dalam hidup ini, konsep hidup ada pelbagai, bergantung pada persepsi seseorang tentang

makna hidup. Hidup adalah kewujudan, dan kewujudan bermaksud seseorang hidup

dalam realiti ini. Berbeza dengan fantasi, seseorang itu mewujudkan satu imaginasi di

dalam fikirannya dan menghidupkan ‘sesuatu’ itu di dalam mindanya, lalu menjadi realiti

yang hanya di alami oleh seseorang yang berimaginasi. Jika individu berkenaan

beranggapan bahawa ilusinya adalah realiti, maka orang itu boleh digelar sebagai gila.

Pelbagai persepsi yang boleh didapati melalui manusia tentang makna kehidupan, iaitu;

ada yang menganggap hidup hanya untuk memuaskan nafsu makan minum dan ada yang

hidup kerana dia pasti bahawa ada sesuatu yang hebat menantinya di dalam hidup dan

selepas mati. Dalam hidup, perkara yang paling penting bagi manusia adalah

kemenangan.


Mengapa manusia sentiasa ingin lebih dari orang lain


mengapa manusia hidup mengejar pangkat, dan mengapa manusia mencipta konsep menang dan

kalah pada sukan dan pertandingan? Dan mengapa tiada yang berada di tengah-tengah antara

menang dan kalah? Jawapannya adalah ego. Sifat ego yang menguasai diri manusia sejak sekian lama

membuahkan sifat ingin sentiasa menang. Sejak kita lahir lagi kita telah diperkenalkan

dengan keegoan ini. Satu contoh yang paling senang adalah bila berada di bangku

persekolahan. Keupayaan setiap pelajar dibezakan melalui gred peperiksaan, bermakna

jika pelajar itu mendapat A dalam peperiksaan, maka guru sekolah dan ibu bapa akan

bangga dan akan memberi seluruh perhatian kepadanya, dan apa sahaja permintaanya,

maka ibu bapanya akan tunaikan.


Tetapi jika pelajar itu mendapat gred D ataupun E,

maka pelajar itu akan mendapat akibat yang buruk; dia akan dipindahkan ke kelas yang di

belakang, bahkan lebih teruk, si gagal akan duduk bersama-sama si gagal di dalam satu

kelas dan kurang diberi perhatian. Oleh yang demikian, hal ini akan mencetuskan satu

idea yang bermaksud, hanya yang menang akan mendapat kesenangan, perhatian dan

kemahsyuran, manakala si gagal atau si kalah akan mendapat cacian dan kesusahan, dan

lebih teruk lagi jikalau mereka tidak belajar bangkit dari kegagalan.


Melalui pengalaman yang dialami, seseorang yang mengalami kegagalan demi kegagalan

akan merasakan diri tidak berharga dan tidak berguna. Kesakitan yang dirasai hasil

daripada kegagalan di masa lampau mencetuskan tindak balas negatif iaitu mereka

menjadi seseorang yang hanya mahukan kemenangan walaupun dengan cara kotor kerana

bagi mereka kemahsyuran itu yang penting. Sebenarnya mengidami kemenangan itu tidak

salah dan itu fitrah manusia, tetapi mengobsesi kemenangan sehingga bertanding atau

berlumba dengan cara yang salah adalah satu penipuan yang besar, dan lebih malang lagi

ialah dia menipu diri sendiri. Tidak sedikit orang yang meniru dalam peperiksaan, tidak

sedikit orang yang mengambil dadah untuk menang dalam sukan dan tidak sedikit orang

yang memberi dan menerima rasuah untuk kepentingan peribadi. Hal ini semua kerana

apa? Hanya ingin menyuap keegoan sendiri agar diri mereka diterima dalam masyarakat;

bagi mereka kemenangan bermaksud perhatian dan pujian.


Bagi mereka kemenangan yang dimiliki bermaksud tiada siapa lagi yang akan

memandang rendah terhadap kemampuan mereka, dan tiada siapa lagi yang akan

mempersoalkan kredibiliti mereka dalam sesuatu perkara. Mereka ingin disanjung dan

dipuji walaupun jauh di sudut hati; mereka tetap seorang yang gagal. Kemenangan yang

dimiliki tidaklah bermakna apa-apa jikalau kemenangan itu hasil daripada penipuan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.