Cara Meningkatkan Tenaga dengan Pengambilan Makanan yang Betul

Tingkatkan Tenaga Dengan Pengambilan Makanan Yang Betul



Jika anda sentiasa berasa letih, terdapat beberapa perubahan yang perlu anda lakukan

terhadap tabiat pemakanan anda. Pemakanan boleh meningkatkan tahap tenaga. Makan

makanan yang berbeza dengan jumlah yang betul dan memastikan makanan yang sihat dan

seimbang adalah kunci kepada mengatasi masalah keletihan.

Berikut ialah beberapa tip pemakanan mudah untuk memastikan anda mempunyai banyak

tenaga :

1. Makan Karbohidrat Kompleks


Karbohidrat kompleks adalah lebih lambat dicerna dan diserap oleh tubuh serta

menghasilkan tenaga yang berterusan. Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks

ialah bijirin penuh, beras perang, kekacang , sayur- sayuran dan buah-buahan segar.

Makanan ini memastikan anda rasa kenyang untuk masa yang lama berbanding makanan

bergula atau karbohidrat yang telah ditapis seperti roti putih, kek dan biskut. Makanan

sedemikian telah diproses , ditapis dan kurang mengandungi serat semula jadi . Maka,

apabila dimakan, ia diurai dengan cepat menyebabkan tahap gula dalam darah bertambah.

Peningkatan ini kemudiannya diikuti dengan kejatuhan secara tiba-tiba, membuatkan anda

berasa letih, lesu dan kurang tumpuan. Selain itu, karbohidrat kompleks melepaskan gula ke

dalam aliran darah secara tetap sepanjang hari.

2. Meningkatkan Tahap Zat Besi


Wanita, khususnya mempunyai kurang zat besi . Kekurangan zat besi menyebabkan rasa lesu

yang kekal dan kurang motivasi serta penumpuan. Mengambil banyak makanan yang kaya

dengan zat besi ialah satu cara untuk merangsang tenaga. Ini adalah kerana zat besi adalah

penting dalam mengangkut oksigen melalui sel darah merah ke mana sahaja yang diperlukan

dalam badan . Tanpa oksigen ia adalah mustahil untuk membina tenaga. Sumber zat besi

yang baik ialah hati, daging merah tanpa lemak,ikan, kerang, kekacang, lentil dan sayuran

hijau.


3. Makan secara Tetap


Mengambil sarapan ringan, makan tengah hari yang cepat dan minum petang yang banyak

ialah satu jadual makan yang tidak berkesan dalam memberikan tenaga. Sebaliknya, anda

harus mengambil sarapan yang bersaiz sesuai, makan tengah hari dan makan lewat malam

yang sederhana serta menambah snek pada waktu pertengahan pagi dan pertengahan

tengah hari seperti buah-buahan ataupun campuran kekacang.

Makan sedikit dan kerap ialah cara yang bagus untuk menghalang keletihan kerana ia

menyediakan tenaga kepada badan sepanjang hari. Setiap kali anda makan, kadar metabolik

anda meningkat lebih kurang 10 % . Ini dicatatkan selepas makan makanan yang kaya

dengan karbohidrat dan protein.


4. Menjadi Aktif


Mungkin ini akan menjadi perkara terakhir yang anda akan lakukan apabila berasa letih dan

lesu. Hakikatnya, senaman ialah cara yang bagus untuk membina tenaga. Ini adalah kerana ,

semakin anda sihat, semakin berkesan jantung dan paru-paru anda mendapatkan oksigen.

Semakin banyak oksigen anda boleh ambil dan gunakan , semakin banyak tenaga boleh

dibina . Jadi , lakukanlah senaman kardiovaskular sama ada berbasikal, berenang atau berlari

selama 30 minit 5 hari seminggu.

5. Minum Banyak Air


Minum banyak teh dan kopi sepanjang hari bukan hanya melemahkan badan anda untuk

tidur dan meresap tenaga penting yang menghasilkan vitamin dan mineral, tetapi ia juga

boleh membuatkan anda dinyahhidrat. Apabila ini berlaku, isipadu darah menjadi kurang

yang menyebabkan bahan-bahan penting yang diangkut oleh badan seperti gula darah

(glukosa), zat besi dan oksigen juga berkurang . Akibatnya, anda akan berasa letih dan lesu.

Sebaliknya , anda haruslah minum air masak yang cukup untuk menghidrat semula badan

anda dan mengekalkan peningkatan tenaga.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.