Gula Bermanfaat Untuk Kecantikan Wajah

Rawatan Wajah dengan Menggunakan Gula

gula untuk rawatan wajah


Ramai yang tidak mengetahui kebaikan gula untuk kesihatan , namun keberkesanan

penggunaannya untuk rawatan kecantikan wajah tidak dapat dinafikan.


Gula boleh melembapkan kulit.  Ia mengandungi asid glikolik yang menggalakkan penggantian sel

untuk kulit kelihatan remaja. Partikel gula yang kecil menjadikannya suatu bahan pengelupasan

yang baik. Anda boleh membuat topeng muka sendiri di rumah dengan mencampurkan gula

bersama dengan bahan-bahan yang lain.


Mari ikuti cara mudah penggunaan gula dalam rawatan wajah :



1. Lumur pencuci muka pada wajah anda . Gunakan air suam dan urut wajah anda

sehingga pencuci muka mengeluarkan buih. Rawatan wajah ini berkesan dengan

mengunakan pencuci muka yang berbuih kerana buih ‘memegang’ gula pada kulit

agar tidak jatuh.


2. Letakkan 1 sudu besar gula pada tapak tangan . Anda digalakkan menggunakan gula

perang kerana ia lembut pada kulit. Anda juga boleh menggunakan gula bertapis dan

gula pasir.


3. Urut gula bersama dengan pencuci muka pada kulit wajah dengan menggunakan jari.

Urut wajah anda dengan menggunakan pergerakan memusing , tetapi elakkan

kawasan bibir dan mata. Jangan menggunakan kain untuk menggosok kulit wajah

anda kerana ia akan menyebabkan pengelupasan kasar dan boleh merengsakan kulit.


4. Semasa mengurut kulit wajah, pastikan anda tidak menekan dengan kuat kerana gula

bertindak dengan tekanan yang lembut. Mengurut dengan lembut juga boleh

memastikan tiada koyakan kecil berlaku pada permukaan kulit wajah yang boleh

menyebabkan kemerahan atau kulit kelihatan kurang sihat.


5. Jika pencuci muka tidak berbuih, tambahkan sedikit air suam . Jangan pula tambah

air terlalu banyak kerana gula akan melarut.


6. Setelah kulit wajah anda dilumur dengan gula serta sudah sebati dengan buih

pencuci muka , biarkan campuran tadi di atas kulit wajah untuk 15-20 minit. Anda

juga dinasihatkan agar tidak banyak bergerak pada masa ini kerana dikhuatiri gula

akan jatuh dan anda akan kurang mendapat manfaat daripada topeng muka ini.


7. Selepas 15-20 minit, bilas topeng muka dengan air sejuk. Air sejuk akan menutup

pori-pori dan melembapkan kulit wajah.


8. Lap wajah anda dengan tuala dengan lembut sehingga kering. Jika anda mengelap

wajah dengan kasar, kerengsaan boleh berlaku.


9. Akhir sekali, sapu kulit wajah dan leher anda dengan pelembap.


10. Lakukan rawatan wajah ini tidak lebih daripada 2 kali seminggu.


Selain mencampurkan gula dengan pencuci muka , anda juga boleh mencampurkan bahan-
bahan berikut bersama dengan gula :


minyak zaitun dan minyak pati

 jus lemon dan madu

 jus lemon , minyak zaitun dan madu

 soda penaik dan air

 lemon, madu dan soda penaik

Peringatan :


1. Sebelum mencuba rawatan wajah ini, uji kawasan kecil pada kulit sebelum

melumurkan campuran ke seluruh wajah. Ini adalah penting jika anda mempunyai

kulit wajah yang sensitif.

2. Jangan melakukan pengelupasan kulit wajah dengan kasar dengan menggunakan

sebarang skrub kerana ia boleh merengsakan kulit, menyebabkan kemerahan dan

jerawat.

3. Elakkan menggunakan span untuk pengelupasan kulit kerana ia akan memerangkap

kulit mati dan bakteria serta membuatkan kulit wajah anda kemerahan.

4. Elakkan melakukan pengelupasan di atas kulit wajah yang luka. Ini adalah kerana

bahan-bahan dalam skrub boleh merengsakan kulit yang luka dan geseran

pengelupasan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.