Kebaikan Vitamin K Untuk Melawan Pelbagai Penyakit

Manfaat Vitamin K untuk Kesihatan


Mungkin tidak ramai di antara kita yang mengetahui tentang manfaat Vitamin K. Seperti juga

vitamin lain,Vitamin K mempunyai banyak fungsi penting dalam badan terutamanya dalam

penghasilan protein pembekuan darah. Ia membantu menyembuhkan luka dengan baik dan

memainkan peranan penting dalam metabolisme tulang dan kesihatan jantung. Kajian

menunjukkan bahawa peningkatan tahap vitamin K2 adalah berkaitan dengan berkurangnya

risiko kanser prostat.


Vitamin K ialah vitamin larut lemak

Kebaikan Vitamin K Untuk Melawan Pelbagai Sakit


Vitamin K ialah vitamin larut lemak , jadi ia disimpan di dalam tisu lemak dalam badan.

Terdapat 3 jenis Vitamin K iaitu K1,K2 dan K3. Kebanyakan vitamin K yang terdapat dalam

makanan ialah dalam bentuk Vitamin K1 seperti brokoli dan bunga kobis.

Vitamin K1 membantu untuk mengekalkan pembekuan darah yang sihat.


Vitamin K2 pula dihasilkan oleh bakteria yang terdapat pada saluran gastrousus. Ia diangkut

terus ke dalam dinding salur darah, tulang dan tisu selain hati. Walau bagaimanapun, kita

mendapat hanya sedikit manfaat daripada Vitamin K2 yang boleh didapati daripada sumber

makanan probiotik seperti susu, keju ,yogurt dan produk tenusu lain. Beberapa vitamin K2

dibuat secara semula jadi oleh bakteria probiotik di dalam usus. Penyerapannya tidaklah

begitu berkesan dan jumlah yang dihasilkan adalah tidak cukup untuk keperluan kita.

Pengeluaran Vitamin K adalah kurang pada orang yang lebih tua dan mereka yang

mengambil antibiotik.


Vitamin K3 pula ialah dalam bentuk sintetik. Pengambilan vitamin ini adalah tidak digalakkan

kerana ia merupakan vitamin buatan manusia.


1. Mencegah Osteoporosis


Vitamin K diperlukan untuk menghasilkan protein osteocalcin yang terikat pada tulang anda.

Kajian menunjukkan bahawa Vitamin K2 ialah 3 kali lebih berkesan berbanding Vitamin K1

dalam meningkatkan osteocalcin yang berfungsi untuk mengawal pembinaan tulang.

Kekurangan Vitamin K dikaitkan dengan osteoporosis . Kajian mencadangkan pengambilan

makanan tambahan Vitamin K boleh mengurangkan kehilangan kalsium daripada tulang

pada wanita yang lebih tua sehingga 50 % dan membantu untuk menguatkan tulang yang

lemah serta mengurangkan risiko tulang patah.

2. Mengurangkan Risiko Diabetes


Vitamin K2 memperbaiki kepekaan insulin. Mereka yang banyak mendapat manfaat Vitamin

K2 daripada pemakanan dikatakan kurang mendapat diabetes jenis 2 sebanyak 20 % .

3. Melindungi Jantung


Vitamin K2 membantu untuk mencegah pengerasan arteri , yang merupakan faktor biasa

dalam penyakit arteri koronari dan kegagalan jantung. Ia boleh mengurangkan risiko

penyakit jantung di kalangan wanita yang lebih berusia. Ini mungkin berkaitan dengan

pembentukan pengapuran yang berkurang di dalam dinding arteri.

4. Mencegah Kanser


Vitamin K1 dan K2 adalah berkesan dalam pencegahan kanser. Kajian menunjukkan bahawa

Vitamin K2 dikaitkan dengan pengurangan risiko kematian akibat kanser sebanyak 30% dan

pengurangan risiko perkembangan kanser sistem imunisasi sebanyak 45% dengan

pengambilan Vitamin K yang tinggi.

Vitamin K juga bermanfaat dalam melawan penyakit kanser yang lain seperti kanser usus

besar,perut,nasofarinks dan mulut.

5. Mencegah Penyakit Alzheimer


Kekurangan Vitamin K2 ialah penyebab kepada penyakit Alzheimer . Pengambilan makanan

tambahan Vitamin K2 boleh membantu mencegahnya.

Sumber-sumber Vitamin K

Makanan yang mengandungi vitamin K termasuklah sayuran berdaun hijau seperti

brokoli,kobis,kobis bunga,bayam,minyak sayuran dan bijirin.

Sumber Vitamin K2 pula termasuklah makanan yang ditapaikan seperti natto ( sejenis

makanan Jepun ), jeruk kobis, keju dan makan probiotik yang lain seperti susu,yogurt dan

produk tenusu.


Anda haruslah cuba memasukkan Vitamin K1 dan K2 dalam makanan anda untuk kesihatan

menyeluruh yang lebih baik.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.