Kelebihan Gula untuk Kesihatan

Kelebihan Gula untuk Kesihatan

kelebihan gula untuk kesihatan

Ketahui kebaikan Gula Untuk Kesihatan 

Kita sering terdengar dan terbaca tentang keburukan gula terhadap kesihatan. Tak kira di

Internet, buku, mahupun surat khabar, gula sangat buruk reputasinya dan sering dikaitkan

dengan masalah penyakit kencing manis dan kegemukan. Jarang sekali kita melihat

perkara positif tentang gula kerana kebanyakan masyarakat memandang negatif tentang

potensinya dalam kesihatan. Walaupun gula sentiasa dipandang negatif oleh masyarakat,

ironinya hampir semua orang di dunia ini gemar memakan makanan yang manis.

Mengapa? Disebalik kritikan tentang gula, manusia masih memilih manisan sebagai

makanan. Ironi bukan? Ini bermakna gula adalah makanan yang sangat penting kepada

manusia kerana ianya adalah karbohidrat yang diperlukan oleh otak, hati, dan jantung

untuk berfungsi dalam keadaan optima.

Gula Mampu Mengawal Keadaan


Gula adalah sumber utama tenaga segera. Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa

kanak-kanak hiperaktif tidak digalakkan untuk diberi makanan yang manis-manis. Ini

kerana kanak-kanak tersebut akan bertindak balas dengan gula lalu menjadikan

kanak-kanak itu menjadi lebih aktif dan tak terkawal. Apabila gula mengalir dalam darah

maka gula itu akan diubah menjadi glukosa, dan glukosa ini akan diserap masuk ke dalam

sel-sel tubuh lalu menghasilkan tenaga. Minuman yang bergula seperti minuman tin atau

glukosa boleh dijadikan sebagai minuman penambah tenaga segera apabila bersukan.


Gula juga amat bermanfaat terhadap orang yang mempunyai masalah tekanan darah

rendah. Orang yang mempunyai tekanan darah rendah mudah pengsan kerana kekurangan

glukosa dalam badan, glukosa sangat penting untuk menjana tenaga untuk melakukan

aktiviti. Oleh itu, seseorang yang menghidapi penyakit ini perlu sentiasa membawa kiub

gula, gula-gula ataupun coklat untuk memastikan tubuh mereka tidak kekurangan gula

(glukosa).

Gula Membantu Otak berfungsi Dengan Baik


Jika anda sedang mengulangkaji pelajaran ataupun sedang melakukan kerja yang

memerlukan daya fikiran. Anda juga perlu mengambil gula dalam bentuk minuman atau

makanan kerana gula adalah karbohidrat yang diperlukan otak untuk bekerja di tahap

optima. Apabila otak dibekalkan dengan karbohidrat dengan secukupnya maka seseorang

itu mudah untuk melaksanakan aktiviti dengan sempurna, dan daya fikiran akan menjadi

lebih kreatif dan kritis. Apabila otak berfungsi dengan baik, maka daya fokus dalam

pembacaan akan menjadi lebih sempurna dan anda tidak akan mudah mengantuk.

Walau bagaimanapun, pengambilan gula secara melampau akan memberi kesan negatif

terhadap tubuh badan, dan jika diambil tanpa kawalan akan menyebabkan kencing manis

dan kegemukan. Jadi, amat penting untuk mengawal jumlah gula yang anda ambil.

Gula Merawat Tekanan 


Selain itu, gula juga dikatakan mampu merawat tekanan perasaan. Gula dipercayai boleh

membuat anda ‘khayal’; dan ‘khayal’ di sini bermaksud yang perasaan gembira akan

tercetus disebabkan kesan daripada gula itu sendiri. Sebab itulah ramai yang menyatakan

apabila memakan coklat boleh memperbaiki mood anda, hal ini kerana kandungan gula

dalam coklat itu sendiri. Jikalau wujudnya coklat yang tidak mempunyai gula, mungkin

anda tidak merasai pengalaman yang sama seperti memakan coklat yang mengandungi

gula. Gula mempengaruhi mood anda!


Walaupun gula bermanfaat terhadap tubuh badan kita, namun kita harus bijak mengawal

jumlah yang kita makan atau minum. Kita sememangnya tidak boleh mengelak daripada

tidak mengambil gula kerana ianya sangat penting. Tetapi adalah baiknya kita mengawal

kadar gula yang diambil untuk mengelakkan diri daripada penyakit. Sebaik-baiknya kita

lebihkan memakan buah-buahan kerana buah mempunyai gula semula jadi, bukan itu

sahaja, buah-buahan mempunyai antioksidan, serat dan vitamin untuk mengekalkan

kesihatan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.