Kesan Susu Dalam Mencantikan Kulit Kita

Susu dan Kecantikan Kulit


susu untuk kecantikan dan pemutihan kulit


Kita sudah pun mengetahui tentang khasiat susu untuk tubuh badan, namun susu juga

berkhasiat untuk kulit.

Apakah jenis susu yang sesuai digunakan untuk kulit?


Biasanya kita akan menggunakan susu lembu, tetapi ada juga pilihan-pilihan lain. Susu lembu

penuh lemak adalah baik tetapi susu kambing adalah yang terbaik. Hakikatnya susu kambing

mempunyai tahap pH yang hampir dengan tahap semula jadi kulit kita, jadi kulit boleh

menerimanya dengan baik. Susu beras, kacang soya dan badam juga sedemikian. Selain itu,

susu tepung juga boleh digunakan . Ia senang disimpan dan tidak rosak dengan cepat.

Mari kita ikuti cara-cara untuk mendapatkan kulit yang cantik dengan menggunakan susu.


1. Mandian susu


Tutup lubang air pada tab mandi . Isikan air panas dan tambah 3-11 liter susu ke dalam tab

mandi. Rendamkan badan anda di dalam susu selama 15-20 minit. Jika anda lakukan ini

setiap hari selama seminggu, kulit akan menjadi lebih cerah dan berseri. Pastikan anda

mandi dengan menggunakan air bersih selepas itu agar dapat menghilangkan baki susu pada

kulit. Mandian susu sememangnya berkhasiat untuk menghidrat dan menambah keserian

kulit.


2. Buat Topeng Pembersih Muka


Campurkan 2 sudu besar susu dengan 1 atau 2 sudu teh madu, jus lemon , soda penaik atau

ketiga-tiganya. Bukakan satu pil vitamin E untuk kuasa membersih tambahan. Kulit anda juga

perlukan vitamin E sebagaimana badan juga memerlukannya. Sapukan pada kulit muka atau

bahagian badan yang lain . Biarkan topeng muka mengeras selama 10-15 minit . Kemudian , bilas

dengan air suam. Kulit anda akan menjadi lembut dan segar.


3. Buat Skrub Pengelupasan


Untuk menghilangkan lapisan atas kulit dan menampilkan diri anda yang baharu, gunalah

susu untuk pengelupasan . Ambil 1 cawan susu dan 3 sudu besar mil oat dan sapu pada kulit.

Sental dengan lembut. Oat memberikan tekstur kasar sementara susu pula memberi khasiat.

Biarkan kering. Kemudian, bilas dengan air suam. Sental dengan lembut. Jika anda suka

menyediakan campuran ini terlebih dahulu, buatlah dengan menggunakan susu tepung dan

simpan di dalam peti sejuk. Anda juga boleh merendam ½ cawan badam di dalam susu

semalaman. Kemudian, pada waktu pagi, kisar menjadi pes dan sapu pada kulit, diikuti

dengan mengering dan membasuhnya.


4. Gunakan untuk Mencerahkan Tompokan Hitam


Jika jus lemon dikatakan boleh mencerahkan kulit, asid laktik dalam susu juga begitu. Jika

anda mempunyai tompokan hitam pada kulit, ambil bola kapas , rendam dalam susu dan

sapukannya pada kawasan yang mempunyai tompok hitam. Biarkan mengering semalaman

dan kemudian basuh pada waktu pagi.


5. Gunakan sebagai Penyegar


Anda boleh menggunakan susu sebagai penyegar. Sapu susu pada muka dengan

menggunakan bola kapas yang telah dibasahkan dengan susu. Biarkan sekurang-kurangnya

15 minit . Bilas dengan bersih. Dengan penggunaan ulangan , ia akan menjadikan kulit anda

berseri secara semula jadi.

Walaupun susu dikatakan boleh mencerahkan kulit, namun jangan gunakan secara

berlebihan.


6. Gunakan untuk Mengecilkan Pori-pori


Selain susu, produk tenusu yang lain juga berkhasiat untuk kulit. Jika anda mahu

mengecilkan pori-pori , dapatkan krim masam atau susu mentega. Anda haruslah menyapu

satu lapisan nipis pada kulit dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas dengan air suam dengan

bersih.

1 ulasan:

  1. bagus info ini saya amalkan minum susu kambing setiap hari

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.