Khasiat Dan Manfaat Pisang Untuk Kesihatan

Manfaat Pisang Untuk Kesihatan

khasiat dan manfaat pisang untuk kesihatan


Pernahkah anda berasa letih dan tidak bermaya sepanjang hari? Kehilangan sejumlah

besar tenaga dalam tubuh adalah sesuatu yang biasa dialami oleh manusia. Ini

menyebabkan kita susah untuk fokus dan sering letih dalam melakukan kerja seharian.

Sudah tentu kita tidak inginkan perkara ini berlaku, dan jika dibiarkan akan menyebabkan

kerja tergendala.

Pisang berkesan memberi tenaga segera


Kebanyakan orang memilih minuman dalam tin ataupun minuman tenaga untuk

menambah tenaga dengan segera. Namun begitu, kandungan gula yang tidak terkawal

dalam sesetengah minuman tin boleh menjejaskan kesihatan kita.

Selain daripada meminum air isotonik untuk memulihkan tenaga yang hilang. Pisang juga

sangat berkesan untuk memberi tenaga dengan segera, dan bukan itu sahaja, buah ini juga

memberi manfaat kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Pisang Mengembangkan saluran darah


Pisang mengandungi sumber kalium dan kandungan sodium yang rendah baik untuk

kesihatan jantung. Sebelum memulakan senaman, adalah baik sekiranya seseorang itu

mengambil pisang sebagai makanan pre-workout untuk memberi tenaga segera.

Tekanan darah tinggi juga kerap berlaku kepada golongan tua dan muda. Hal ini kerana,

pemakanan yang tidak seimbang dan pengambilan garam secara berlebihan akan

mencetus penyakit darah tinggi. Oleh itu, sumber kalium dalam pisang boleh

mengembangkan salur darah seterusnya menurunkan tekanan darah.

Penambah zat kalium 


Selain itu, pisang juga amat bermanfaat untuk orang mengalami sakit cirit-birit kerana

apabila seseorang itu membuang air besar semasa mengalami cirit-birit, kebiasaanya air

yang banyak keluar dari tubuh dan ini akan menyebabkan elektrolit tubuh berkurangan,

bermaksud kalium dalam tubuh berkurangan, lalu menyebabkan tubuh betul-betul dalam

keadaan lemah. Dalam situasi ini, kita harus meminum banyak air, namun air sahaja tidak

dapat membantu mengembalikan elektrolit (kalium) dalam badan, lantas seseorang itu

cenderung memilih minuman isotonik sebagai bahan rangsangan. Tetapi seperti yang kita

ketahui, air minuman isotonik di pasaran mengandungi gula yang tidak terkawal dan

sekiranya kerap diambil boleh mendatangkan kemudharatan. Jadi, kita boleh mengambil

buah pisang sebagai penambah zat kalium iaitu elektrolit yang hilang tadi untuk

mengekalkan kesihatan badan di tahap optimum.

Memakan pisang mengekalkan memori dan ingatan


Jika anda seorang pelajar atau pun individu yang ingin mengekalkan tahap ingatan agar

tidak mudah lupa, buah pisang adalah jawapannya. Seiring dengan peningkatan usia,

setiap manusia pasti akan mengalami lemah daya ingatan. Agak memalukan jika pada

suatu masa nanti seorang datuk lupa akan nama cucunya, dan lebih memalukan jika pada

usia muda lagi kita sudah lupa banyak perkara yang penting. Jadi, satu cara untuk

memastikan ingatan kita tidak lupus, iaitu dengan memakan pisang dengan kerap kerana

ianya mengandung asid amino yang dipanggil trytophan yang dipercayai boleh

mengekalkan memori dan menaikkan mood.


Radikal bebas yang sentiasa menyerang tubuh manusia juga didapati boleh dikurangkan

dengan memakan pisang. Radikal bebas ini dipercayai amat berbahaya terhadap manusia

kerana ia akan menyebabkan kanser, kebiasaanya radikal bebas berpunca dari

pendedahan diri kepada cahaya matahari. Pisang mengandungi vitamin C amat baik untuk

mengelakkan kanser yang disebabkan oleh radikal bebas ini.


Manfaat pisang boleh dilihat melalui monyet itu sendiri. Kita tahu bahawa monyet gemar

memakan pisang dan monyet adalah di antara haiwan yang tangkas dan kuat memanjat

pokok. Melalui pengamatan itu sendiri, kita boleh menilai bahawa selain daripada

anatomi monyet yang membolehkan ia memanjat pokok dengan mudah, ketangkasan

monyet itu sendiri adalah satu manifestasi hasil dari diet monyet iaitu pisang.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.