Manfaat Jeli Petroleum untuk Kecantikan

Jeli Petroleum Bermanfaat Untuk Kecantikan

Manfaat jeli petroleum untuk kecantikan


Pernahkan anda mendengar tentang jeli petroleum? Adakah anda tahu akan kegunaannya?

Jeli petroleum ialah sejenis gel yang berasaskan petroleum yang digunakan sebagai ubatan

di rumah , rutin kecantikan dan pelbagai kegunaan dalam keluarga. Contoh jeli petroleum

yang popular di pasaran ialah Vaseline.

Mari kita lihat bagaimana jeli petroleum digunakan pada tubuh badan kita untuk tujuan


kecantikan :


1. Melembutkan Kulit Kasar


 Walaupun jeli petroleum bukan pelembap, namun ia boleh digunakan untuk

melembutkan kulit dan melembapkan kulit kering. Gunakannya pada kulit siku atau

lutut untuk melembapkan kulit dan menghilangkan penampilan yang bertekstur

gelap.

 Jika anda mempunyai tompok kasar pada tapak kaki, sapu lapisan nipis jeli petroleum

pada tapak kaki pada waktu malam. Kemudian pakai stokin bersih. Pada keesokan

pagi, tapak kaki anda akan berasa lebih lembut.

 Bagi menghalang warna kulit perang yang tidak sekata, sapu sedikit jeli petroleum

pada tompokan kering pada badan sebelum menggunakan losyen kulit yang lain.

 Gunakan jeli petroleum selepas bercukur. Ia melembutkan dan melegakan kulit yang

dicukur serta meninggalkan rasa bersih dan segar.


2. Menyerlahkan Sekeliling Mata


 Jeli petroleum biasanya digunakan untuk menyerlahkan kecantikan semula jadi mata

anda. Anda boleh menggunakan jeli petroleum secara sendirian atau bersama

dengan bahan solekan lain. Hanya sapukan pada kelopak mata . Selain murah, ia

selamat digunakan dan pastikan jangan memasuki mata.

 Gunakan jeli petroleum dengan serbuk pembayang mata untuk mendapatkan satu

warna yang baharu. Jeli petroleum boleh juga digunakan di bawah pembayang mata

untuk mendapatkan kesan yang bersinar.

 Jeli petroleum boleh digunakan untuk merapikan bulu kening dengan menyapu

sedikit padanya. Juga boleh digunakan pada bulu mata dan biarkannya untuk

mendapatkan kesan berkilat dan kalis air.

 Sapu lapisan nipis pada bulu mata sebelum tidur. Banyak orang beranggapan jeli

petroleum boleh memanjang dan menebalkan bulu mata .

3. Mencantikkan Kuku


 Sapu jeli petroleum pada kuku beberapa kali sehari untuk kuku yang lebih

lembut dan menarik. Jeli petroleum digunakan sebagai sebahagian daripada

rawatan tangan dan kuku serta memudahkan untuk membentuk kuku.

4. Sapu pada Bibir


 Sapu lapisan nipis jeli petroleum pada bibir yang kering atau pecah. Ia boleh

membantu untuk mengekalkan kelembapan dan mengelakkan bibir anda

daripada kering.

5. Sapu pada Gigi


 Menggunakan jeli petroleum pada gigi adalah janggal, namun begitu ia adalah

satu teknik lama untuk membuatkan para artis yang membuat persembahan

pentas supaya lebih gemar tersenyum ketika membuat persembahan. Jeli

petroleum menghalang bibir daripada melekat pada gigi. Apabila digunakan

dengan cara yang betul, jeli petroleum boleh mengelakkan lipstik melekat

pada gigi. Gunakan dengan berhati-hati dan sapu sedikit pada gigi anda.


6. Gunakan pada Rambut


 Sedikit jeli petroleum adalah berkesan dalam menguruskan rambut,

 Gunakan jeli petroleum untuk mengurangkan pengelupasan dan kegatalan

 Sedikit jeli petroleum boleh digunakan sebagi gel penggaya rambut. Sapu

memastikan kelembapan dan merawat kulit kepala yang kering.

yang berkaitan dengan kelemumur. Rapikan kulit kepala dengan jeli

petroleum sebelum anda menggunakan syampu. Urut kulit kepala dengan

lembut sebelum mandi.

sedikit pada tangan dan sapu pada rambut untuk mendapatkan rambut yang

beralun.


7. Mengelakkan Ruam Disebabkan Melecet


 Salah satu kegunaan jeli petroleum yang berkesan ialah menghalang ruam

atau kerengsaan yang berkaitan dengan melecet disebabkan oleh pakaian.

Pelari atau penunggang basikal selalu menyapu sedikit jeli petroleum pada

bahagian dalam paha untuk mengelakkan daripada melecet.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.