Minyak Kastor Ialah Bahan Yang Terbaik Untuk Menebalkan Dan Menumbuhkan Semula Rambut, Kening dan Bulu Mata

Cara menebalkan rambut dan menumbuhkan semula rambut dengan minyak kastor

Cara menebalkan rambut dan menumbuhkan semula rambut dengan minyak kastor


Minyak kastor merupakan salah satu bahan semulajadi yang terbaik untuk menumbuhkan semula rambut dan menebalkanya kembali, dimana pakar-pakar enggan untuk bercakap mengenai minyak kastor. Minyak Kastor diperkaya dengan bahan bahan semulajadi seperti vitamin e, protein, mineral, anti-bakteria dan juga mengandungi agen anti-kulat. Minyak kastor terdiri daripada trigliserida asid lemak (90% daripada kandungan didalamnya diperbuat daripada asid ricinoleic). Ini memberikan minyak kastor mempunyai keupayaan penyembuhan yang hebat kerana asid ricinoleic sudah terbukti berkesan berupaya mencegah dan menghilangkan virus, bakteria, kotoran dan yis dengan baik.

Pada masa dulu, minyak kastor ini sering digunakan sebagai oral laxative. Walau bagaimanapun, pada masa kini minyak kastor lebih kerap dan umum digunakan sebagai ubat semulajadi buatan rumah. Ianya murah dan amat berguna sebagai ubatan semulajadi untuk merawati pelbagai penyakit. Minyak kastor juga telah banyak di aplikasi dalam pelbagai amalan. Di Rusia, batang tumbuhan ini digunakan dalam industri tekstil.

Manfaat Dan Kebaikan Minyak Kastor

  • Menebalkan dan menumbuhkan rambut. Minyak kastor diperkaya dengan asid lemak omega 9, dimana akan menyuburkan rambut dan folikel. Minyak kastor akan dapat memasuki sehingga kedalam liang rambut dan folikel untuk menghasilkan rambut baru. Cuma ambil beberapa titik minyak kastor dan gunakan dengan mengurut-urut bahagian kepala sehingga miyak tadi dapat menyerap masuk.
  • Anti-radang. Minyak Kastor yang dicirikan dengan asid ricinoleic, dimana mengandungi agen anti-radang. Ia digunakan untuk mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi dan juga tisu.
  • Membantu sistem usus yang mempunyai usus radang dan disentri
  • Jangkitan yis. Asid ricinoleic yang terdapat didalam minyak kastor mampu menghalang pertumbuhan bakteria, yis dan virus.
  • Oleh kerana ciri-ciri anti - radang, minyak kastor menggalakkan pergerakan usus biasa. 
  • Masalah gastrointestinal
  • Gangguan haid. Minyak kastor diketahui dapat membantu melonggarkan otot yang terlibat ketika menghadapi masalah sengugut.
  • Masalah migrain
  • Kandungan asid ricinoleic dalam minyak kastor dapat membantu merawat pelbagai masalah kulit yang kita sering alami.
  • Kulit terbakar
  • Membantu mepertingkatkan perederan atau perjalanan limfa
  • Masalah kaki yang sering dialami oleh atlet sukan
  • Kurap
  • Rambut dan kelemumur. Oleh kerana minyak kastor mengandungi anti -kulat, germicidal dan agen anti -serangga, ia membuatkan minyak kastor sebagai ubat yang berkesan untuk merawat masalah kelemumur dan membantu melindungi kulit kepala daripada kulat dan jangkitan mikrob.
  • Jika anda mempunyai masalah seperti jangkitan kulat, radang, jangkitan bakteria, sista sebum, ketuat, kurap dan gatal-gatal. Minyak kastor dapat membantu untuk menghilangkan masalah ini, apa yang anda hanya perlu lakukan adalah dengan mengambil minyak kastor dan letakkan pada kapas kemudian sapukan pada tempat yang bermasalah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.