Rempah-ratus yang Baik untuk Kesihatan - Hidup Sihat
Rempah-ratus yang Baik untuk Kesihatan
Rempah-ratus merupakan biji, kekacang, beri,kulit kayu, akar atau buah sesuatu tumbuhan
dan berfungsi untuk melawan penyakit seperti loya, tekanan darah tinggi dan juga kanser.
Rempah-ratus ialah antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas , menghalang
keradangan dan menstabilkan gula dalam darah serta menambah perisa kepada makanan
tanpa tambahan lemak , garam dan kalori. Di antara rempah-ratus yang sememangnya
bermanfaat untuk kesihatan termasuklah kunyit, halba, halia, jintan hitam, bawang putih,
buah pelaga, daun thyme, jintan manis, bijan dan oregano.
1. Kunyit
Rempah ini mempunyai sebatian kuning yang dipanggil kurkumin yang diperkaya dengan
sifat antioksida. Ia menjadikan kunyit sebagai tumbuhan yang serba boleh dan amat
diperlukan oleh badan. Disebabkan sifat ini, ia mempercepat penyembuhan luka dan
menyihatkan anda.
Susu kunyit atau teh kunyit boleh melegakan batuk , selsema, artritis dan masalah pergigian.
Ia juga berkuasa dalam menghalang dan merawat penyakit berkaitan hati dan perut serta
melindungi badan daripada kanser dan ketumbuhan .
Kunyit juga menghalang peningkatan berat badan dan boleh merangsang otak!
2. Halba
Halba diperkaya dengan vitamin C, serat, potasium, protein, besi, niasin dan alkaloid.
Bunyinya hebat, bukan? Dengan semua zat ini, halba berkebolehan untuk mengurangkan
tahap kolesterol LDL, membantu dalam mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit
berkaitan jantung yang lain serta meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Ia juga boleh mengurangkan berat badan dengan menahan selera, merawat
ketidakhadaman dan sembelit serta mengurangkan kadar gula yang diserap. Komponen
saponin dan musilaj yang hadir dalam halba boleh menghalang dan mengeluarkan toksik
dalam badan. Musilaj juga berfungsi untuk melegakan demam, batuk dan sakit tekak.
3. Halia
Halia ialah penyelesaian yang baik untuk keradangan. Ia meningkatkan penyerapan makanan
dengan membantu pergerakan makanan yang cepat daripada perut ke dalam usus kecil dan
bertindak sebagai pencair darah yang kuat. Ini ialah cara semula jadi dan berkesan untuk
menghalang strok kerana ia boleh menghalang pembentukan darah beku.
Halia juga merendahkan tahap trigliserida, membantu dalam menurunkan kolesterol dan
tekanan darah.
Zingeron, sejenis antioksida berkuasa yang terdapat di dalam halia mempunyai sifat
pelindung otak yang amat kuat.
4. Jintan Hitam
Nitrit dan nitrat terdapat di dalam jintan hitam membolehkan salur darah mengendur. Oleh
itu, ia dapat membaiki keberkesanan sistem kardiovaskular dan merehatkan jantung anda. Ia
juga berkesan dalam merawat penyakit berkaitan perut kerana ia adalah penyelesaian
terbaik untuk memastikan saluran gastrousus bersih.
Disebabkan jintan hitam baik untuk pencernaan, ia berkesan dalam mengurangkan
kembung pada bayi.
5. Bawang Putih
Tekanan darah yang naik turun dan tidak stabil serta kolesterol yang tinggi boleh
membahayakan kesihatan dan fungsi otak. Bawang putih adalah cukup kuat untuk
mengawasi kedua-dua tekanan darah dan kolesterol. Sifat yang paling mengagumkan bagi
bawang putih ialah menghalang atau melambatkan penuaan otak .
Sebatian sulfur dan banyak antioksida yang hadir dalam bawang putih bertindak untuk
memelihara kesihatan dan keadaan otak. Ia juga amat berkesan dalam menghapuskan sel
kanser dalam otak .
6. Buah Pelaga, Daun Thyme dan Jintan Manis
Buah pelaga adalah bagus untuk mengawasi tekanan darah, boleh menguraikan pembekuan
darah dan berkesan untuk melegakan kahak. Daun thyme juga bagus untuk batuk. Jintan
manis pula berkesan dalam merawat simptom-simptom bronkus, batuk dengan kahak dan
membantu untuk melegakan kesesakan dalam saluran pernafasan.
7. Bijan dan Oregano
Oregano mempunyai sebatian seperti timol dan karvakrol yang amat berkesan di dalam
melawan naik turun tekanan darah. Oregano juga amat bagus dalam mengurangkan tidak
teraturnya tekanan darah sistolik, diastolik dan arteri.
Post a Comment