Turunkan Berat Badan Secara Semulajadi

Mengurangkan Berat Badan Secara Semula Jadi dengan Tabiat Pemakanan yang Betul

Mengurangkan Berat Badan Secara Semula Jadi dengan Tabiat Pemakanan yang Betul


Mengurangkan berat badan secara semula jadi ialah cara yang sihat dan selamat. Cara ini

melibatkan pemakanan , senaman dan gaya hidup . Berikut ialah cara bagaimana untuk

mengurangkan berat badan secara semula jadi melalui tabiat pemakanan yang betul :

1. Rancang Pemakanan Anda


Rancang pemakanan anda iaitu sarapan, makan tengah hari, makan malam dan snek untuk

seminggu. Contohnya bagi sarapan, anda boleh mengambil separuh limau gedang dengan

semangkuk mil oat atau anda boleh juga mengambil telur hancur beserta dengan sayuran

zukini dan keju rendah lemak.

Bagi makan tengah hari pula, anda boleh mengambil hidangan salad dengan memasukkan

sayuran seperti bayam , daun salad, ubit bit, lobak merah , walnut , separuh avokado dan

kekacang.

Bagi makan malam, anda boleh mengambil satu hidangan beras perang, ikan salmon dengan

sedikit lemon dan sayuran.

Jika anda perlu mengambil snek , ambillah protein dan sayuran atau sebiji buah. Contohnya,

anda boleh mencuba telur rebus dengan beri biru beserta flax seed.

2. Sukat Hidangan Anda


Mengira jumlah kalori, mengehadkan pengambilan makanan tertentu atau mengelakkan

pengambilan lemak bukanlah perancangan makanan yang mudah. Sebaliknya, makanlah

semua makanan dan menjaga hidangan adalah lebih mudah dan lebih semula jadi untuk

membantu memulakan pengurangan berat badan. Apabila anda menyukat dan mengawal

saiz hidangan , secara tidak langsung anda akan memotong beberapa jumlah kalori secara

semula jadi.

3. Mengambil Makanan Seimbang


Mengambil makanan seimbang bermakna anda mengambil makanan dalam jumlah yang

cukup bagi setiap zat makanan yang diperlukan oleh badan. Anda perlu mengambil hidangan

yang dicadangkan bagi setiap kumpulan makanan untuk mengisi keperluan zat makanan

harian anda.

Selain itu, memilih makanan daripada banyak pilihan makanan di dalam setiap kumpulan

makanan adalah lebih baik. Contohnya, terdapat pelbagai jenis sayuran yang berbeza

sebagai sumber vitamin dan mineral yang sihat serta mempunyai antioksida.

4. Makan Lebih Kurang 100 g Protein pada Setiap Waktu Makan


Memastikan hidangan protein sebanyak 100 g dalam setiap waktu makan akan membantu

anda mengawal kalori. Sumber-sumber protein termasuklah daging tanpa lemak, ikan ,

ayam, itik, telur, produk tenusu rendah lemak dan juga pelbagai jenis kekacang.

Masukkan satu hidangan protein dalam setiap waktu makan dan snek untuk mengisi

keperluan minimum harian anda.


5. Makan Sekurang-kurangnya 5 Hidangan Buah-buahan dan Sayur-sayuran


Sayur-sayuran dan buah-buahan  menyediakan banyak zat makanan yang diperlukan untuk

mendapatkan kalori yang sangat sedikit. Walaupun makanan tersebut berkalori rendah ,

menyukat hidangan juga adalah penting. Pastikan hidangan buah bersamaan dengan 1

potongan kecil atau separuh cawan sayuran yang dipotong dan pastikan juga mengambil 1

atau 2 cawan sayuran berdaun hijau. Ambillah 1 atau 2 hidangan buah-buahan dan sayur-

sayuran pada setiap waktu makan dan snek.


6. Makan Bijian Penuh


Pilihlah 100% bijian penuh kerana boleh menambahkan serat , protein dan zat makanan

penting yang lain ke dalam makanan anda. Sumber bijian penuh termasuklah beras perang,

gandum penuh dan oat penuh. Ambillah 1-3 hidangan bijian setiap hari di mana 1 hidangan

bersamaan dengan setengah cawan bijian.

7. Bersederhana


Anda masih boleh makan makanan yang kurang menyihatkan tetapi janganlah terlalu kerap.

Makanlah secara sederhana . Ini mungkin 1 atau 2 kali seminggu atau hanya beberapa kali

sebulan.

8. Minum Air


Minum air memastikan anda terhidrat dan mempunyai manfaat dalam menurunkan berat

badan. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari akan menurunkan berat badan dan

memberi anda tenaga. Minumlah minuman tanpa gula dan tanpa kafein . Elakkan juga

minuman yang manis .

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.