Cara Membendung Dan Merawat Resdung Untuk Pesakit Resdung

Ubat Resdung

Apakah Resdung?

Resdung ialah satu kerengsangan hidung dimana boleh mengakibatkan hidung dan organ berhampiran menjadi tidak selesa dan gatal-gatal. Secara saintifiknya pula, resdung ini ialah sejenis virus kanser yang terdapat pada bawah lapisan kulit kita, bergerak mengikut pengaliran darah lalu menjadi punca kerosakan kulit disekeliling wajah.

Penyakit resdung ini sememangnya amat mudah dan cepat berjangkit, ia juga bergantung kepada sistem imunisasi badan seseorang juga, jika imunisasi badan seseorang itu tidak kuat maka dengan pantaslah resdung ini berjangkit dan jika dibandingkan dengan badan seseorang yang mempunyai imunisasi yang kuat maka penyakit resdung ini dapat di halang.

Punca terjadinya resdung ini adalah daripada parasit demodex yang digelar ulat resdung, Resdung boleh membawa maut jika dibiarkan dan tidak dirawat. Terjadinya penyakit resdung adalah disebabkan beberapa faktor contohnya keadaan sekeliling yang berdebu, berhabuk dan pencemaran udara. Walaupun begitu, ada juga unsur-unsur lainya yang mengakibatkan terjadinya penyakit resdung ini.

Bagaimana Virus Resdung Merebak?

Salah satu faktor utama yang mengakibatkan virus resdung ini merebak adalah apabila ruang rongga hidung tersumbat. Kejadiaan ini akan mengakibatkan ruang sinus membengkak lalu menyebabkan lendiran yang terdapat pada sinus tadi tidak dapat disalirkan dengan betul dan tidak dibuang. 

Oleh kerana lendiran tadi tersumbat dan tidak dibuang dengan segera, virus resdung ini akan terus merebak dan membiak dengan pantas. 

Resdung boleh di rawati dengan menggunakan ubat atau membuat rawatan resdung, seperti meletakkan wap panas pada muka dan sebagainya. Dibawah ini saya kongsikan 5 cara membendung dan merawat resdung dirumah semulajadi :-

ubat resdung untuk pesakit resdung



1. Gunakan bromelain. Ia dijual sebagai makanan tambahan(supplement), bromelain ialah protein yang boleh dijumpai didalam nenas. Ia telah lama digunakan untuk melawan dan mengurangkan bengkak resdung. Sebelum menggunakan supplement ini, cuba minta nasihat daripada doktor anda kerana takut tidak sesuai dengan ubatan yang anda ambil(jika anda sedang mengambil sebarang ubatan moden)

2. Cuba rawatan menggunakan wap. Wap air panas dapat membantu melembutkan jangkitan resdung. Taburkan beberapa titik kayu putih atau menthol di bilik mandi dan gunakan air panas sehingga bilik anda menjadi seperti sauna. Ini akan dapat menghilangkan lendiran(resdung) yang tersangkut didalam hidung anda.

3. Minum air. Kekal hidrat dapat membantu badan kita dalam pelbagai cara, ini termasuklah mengekalkan kelembapan sinus anda. Minum air sepanjang hari dan jauhkan diri daripada meminum alkohol dan minuman berkopi dimana minuman-minuman ini membuatkan anda nyah-hidrat. Cara untuk mengetahui anda hidrat atau tidak mudah sahaja. Lihat air kecil anda berwarna apa, jika berwarna putih ini bermaksud anda hidrat dan jika kekuningan pula bermaksud anda tidak cukap hidrat.

4. Jika anda suka memakan makanan pedas seperti kari, wasabi, sambal dan sebagainya, ini juga merupakan salah satu cara untuk membantu pesakit resdung. Makanan ini dapat menghilangkan dan membersihkan sinus anda.

5. Bersihkan rumah! Rumah yang bersih dapat menghidarkan anda dari mendapat alahan. Jika anda mempunyai sebarang alahan terhadap habuk sebagai contoh, keadaan ini akan lagi memburukan keadaan pesakit resdung. Jika anda mempunyai memelihara binatang seperti kucing, jangan simpan didalam rumah. Letakkan haiwan peliharaan anda diluar rumah bagi memastikan anda tidak terkena sebarang alahan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.